Ahad, 13 Julai 2014

Memburu Ribut Tropika - Tropical Storm Hunting

Memburu Ribut Tropika
Sebagai seorang PREPPER, seharusnya kita mesti bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Kini dengan kemajuan teknologi maklumat, kita boleh mendapatkan maklumat amaran tentang gempa bumi ( dari USGS – United States Geological Survey ) dan ribut tropika ( dari TSR – Tropikal Storm Risk ). Kedua-dua badan ini melakukan pemerhatian terhadap keadaan yang berkaitan gempa bumi dan ribut tropika di seluruh dunia dan data serta amaran boleh didapati daripada website masing-masing ataupun boleh dilanggani melalui e-mail.

Untuk post kali ini, saya hendak kongsikan bagaimana maklumat tentang ribut tropika boleh didapati di mana maklumat yang berguna ini boleh digunakan untuk sebarang perancangan ataupun tindakan yang boleh menyelamatkan harta benda dan nyawa.

Kenapa saya memilih untuk menerima data amaran tentang ribut tropika sedangkan saya tinggal di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia yang setakat ini merupakan kawasan selamat daripada bencana yang disebutkan ? Sebenarnya saya membuat pertimbangan di mana kemungkinan juga kerana tugas atau sebab-sebab lain, saya akan berada di kawasan yang lebih berisiko seperti di pantai timur semenanjung atau utara Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, saya juga boleh memberi amaran kepada rakan atau saudara mara yang berada di kawasan tersebut.

Setakat maklumat yang saya dapat, ribut tropika yang paling kuat pernah melanda kawasan berisiko yang saya sebutkan di atas ialah pada tahun 1996 yang dikenali sebagai Taufan Greg. Ribut ini pada asalnya dijangkakan akan melanda indo-China telah secara tiba-tiba mengubah haluan dan membadai utara Sabah. Atas sebab itu saya merasakan penting untuk membuat pemerhatian dan mendapat maklumat terkini tentang keadaan angin kuat yang terbentuk supaya di masa hadapan, peristiwa seperti Taufan Greg ini walaupun tidak dapat dielakkan tetapi sekurang2nya sesuatu dapat dilakukan sebagai persediaan untuk meminimakan impak terhadap harta dan nyawa. Sila baca dua artikel yang saya petik daripada internet di bawah.

Tropical Storm Greg


Two active monsoon troughs that also developed Typhoon Fern and Southern Hemisphere Cyclones Ophelia, Phil, and Fergus spawned Tropical Depression 43W in the South China Sea on December 21. Due to the troughs' nature, the depression headed east-southeastward, where it strengthened into the final tropical storm of the year on the 24th; Greg. After reaching a peak of 45 knots (83 km/h) winds it crossed the northern part of Borneo on the 25th. It continued east-southeastward until dissipation on the 27th, south of the Philippines. Greg caused extensive property damage on Borneo from torrential flooding, resulting in 127 deaths and 100 people missing.[4]

The Chistmas Day Storm - Typhoon GREG

[Excerpted from CNN and The Star]
On the Christmas night of 1996, a tropical storm (GREG) battered Borneo's west coast, brining the death toll to 182 (as of Jan. 1 1997). The storm destroyed more than 4,000 houses, and left some 3,000 people homeless with 200 to 300 migrants missing.
Tropical Storm GREG, which blew ashore in the east Malaysian state of Sabah on Borneo Island from the South China Sea at 44 mph (70 kph) on Chistmas day, triggered heavy rains and floods that swelled rivers to overflowing, downed power lines and washed out road and communications links. It also ripped down houses and thatched huts, raging for several hours on Christmas night before dissipating and moving east.
Storm GREG's biggest blow was to Keningau, a small logging town 95 miles (150 km) south of Kota Kinabalu, capital of Sabah. Officials said 500 houses in nine villages along four rivers in the town were washed away. It was one of the worst storms to hit Sabah in living memory.
Malaysian Information Minister Mohamed Rahmat said the casualty rate could have been reduced if the nation had a better early warning system for storms. He said the Malaysian Meteorological Services Department had warned on Christmas eve that it expected heavy rain and strong winds from a tropical depression heading towards Sabah, without actually suggesting that a tropical storm was coming.
The Civil Defence Department is willing to set up an Integrated Catastrophes Warning system which warns and keeps the people informed about impending natural disasters.
The department's public relations and documentation staff officer Norhafifi Ismail said yesterday such a system would allow people more time to prepare for the disaster.
The system, he said, was capable of measuring wind velocity, temperature and depth of rivers. Its alert system comprised a variety of sirens of which the smallest could be heard as far as 5 km and the largest at 20km away.
http://weather.ou.edu/~spark/AMON/v1_n1/GREG.html


Baiklah, sebagai persediaan sepertimana yang saya sebutkan di atas, saya telah melanggan email amaran ribut tropika melalui laman web TSR-Tropikal Storm Risk.

Anda boleh mendaftar melalui laman web berikut ;
http://www.tropicalstormrisk.com

Selain daripada itu, saya juga menggunakan satu applikasi mobile untuk smartphone saya yang dikenali sabagai ‘Weather Satellite’ di mana saya boleh mendapatkan photo satelit bentuk awan daripada kawasan-kawasan seluruh dunia.

Di bawah ialah bagaimana maklumat-maklumat yang saya dapati saya compilekan menjadi satu laporan pemerhatian terhadap pembentukkan ribut tropika. Sebelum itu, sebagai pengetahuan asas, ribut tropika terbentuk dan berkembang melalui kategori berikut.



http://en.wikipedia.org/wiki/Saffir%E2%80%93Simpson_hurricane_wind_scale



 Berikut ialah contoh email yang saya dapat daripada TSR yang digandingkan dengan foto satelit awan daripada aplikasi mobile Weather Satelite ; 

E-mail daripada TSR ;



Email pertama ini member amaran tentang pembentukkan Lekukkan Tropika ( Tropical Depression ). Saya terus ke laman web TSR untuk melihat lebih lanjut terutama sekali untuk mendapatkan grafik projected path ribut tersebut.


Seterusnya saya dapatkan foto satelit awan seperti di bawah ;



Maka bermulalah operasi storm monitoring saya……email berikutnya keesokkan hari menunjukkan perkembangan seterusnya.








Seperti yang anda lihat, Lekukkan Tropika yang terbentuk semalam telah menambah kekuatan menjadi Ribut Tropika dan kini mempunyai nama iaitu RAMMASUN. Mengikut maklumat, projected pathnya akan melalui daratan di Filipina dalam masa 72 jam di mana kemungkinan untuk ribut ini memcapai kekuatan CAT1 ialah 20%. Pada masa ini mungkin anda boleh member amaran kepada sedara-mara atau rakan di Filipina, jika ada lah…….
                                                
Kesan selain daripada angin kencang ialah hujan lebat, banjir dan tanah runtuh.

14 Jul 2014, Saya akan terus buat monitoring terhadap ribut ini seperti yang anda lihat di bawah, maklumat terbaru menunjukkan ia semakin mendekati Filipina. Projected path asalnya meramalkan ia akan menuju ke Laut China Selatan dan seterusnya ke tanah besar China. Kebiasaannya ia akan kehilangan kuasa dan menghilang selepas ia menyeberangi daratan Filipina. Namun siapa yang tahu sebaliknya boleh berlaku.Ini semua di luar bidang kuasa dan kawalan manusia. Kuasa Allah SWT , tiada siapa yang mampu menghalangnya.






14 Jul 2014, Rammasun telah menambah kekuatan menjadi taufan dan kemungkinan mencapai CAT1 adalah 85%.
 
 Rammasun telah mula membadai Filipina.


Foto dari portal berita di Filipina menunjukkan situasi di Manila.

Di bawah ialah forecast path Rammasun yang dijangkakan menuju ke tanah besar China. Kemungkinan akan meningkatkan kekuatannya apabila melalui kawasan air laut yang panas di Laut China Selatan.


Berikut pula ialah foto satelit dari Web Jabatan Kaji Cuaca Malaysia ( MMD ) ;

Rammasun 15 Jul 2014

Rammasun 16 Jul 2014

Rammasun 17 Jul 2014 : Setakat ini masih di dalam forecast path nya, dijangka akan membadai
Hong Kong dengan kekuatan ribut CAT2 dan akan melemah sehingga ke CAT TD dan menghilang di
tanah besar China. Namun lihat sahajalah saiz awan yang menakutkan itu, boleh menutupi keseluruhan semenanjung Malaysia.  

18 Jul 2004, sebelum meneruskan update tentang Rammasun, saya dan seluruh rakyat Malaysia tersentak dengan berita penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Lebih mengejutkan lagi ialah kenyataan bahawa pesawat malang ini kemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh salah satu pihak yang sedang bertelagah di Ukraine. Sesungguhnya kita di zaman kemunculan dajjal, semoga Allah melindungi kita semua. Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban, dan semoga waris serta keluarga tabah menghadapi ujian ini. 

Baiklah, berbalik kepada Rammasun, saya akan mengakhiri pemburuan saya terhadap sistem ribut ini memandangkan haluannya sudah menjauhi Malaysia dan kini mulai membadai selatan China. Namun sistemini telah menambahkekuatannya semasa melalui Laut China selatan dan kini dilaporkan mempunyai kekuatan CAT4 ! Berikut ialah sumber dari CNN dan MMD.



Berikut pula ialah data daripada laman web TSR ;


Foto-foto daripada sumber portal berita antarabangsa menunjukkan kesan Rammasun di China ;




Pada masa yang sama satu sistem ribut tropika baru telah di kesan di timur Filipina dengan forecast path nya juga menuju ke tanah besar China. Jika anda menggunakan PC, sumber data boleh didapati dengan lengkap daripada laman web TSR manakala foto satelit boleh didapati daripada MMD. Jika menggunakan smartfon pula, sumber data masih saya sarankan dari TSR dan sumber foto satelit daripada aplikasi Weather Satelite di mana anda juga boleh dapatkan foto satelit terkini daripada kawasan-kawasan seluruh dunia.

Bagi saya, mengambil tahu tentang amaran ribut tropika dan gempa bumi adalah penting bagi mereka yang mementingkan persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan seperti yang ada di dalam sifat-sifat semulajadi seorang PREPPER.








Rabu, 9 Julai 2014

Pengenalan kepada fungsi Sensor ( Penderia )

Sensor / Penderia

Terdapat beratus-ratus jenis sensor yang digunakan dalam pelbagai lapangan dan operasi. Antara jenama-jenama sensor yang pernah saya jumpa ialah seperti OMRON, ALLEN BRADLEY, FESTO, FAIRCHILD, SUNX,SMC, SIEMENS,FARNEL, KEYENCE, ROCKWELL, TELEMECHANIQUE, YAMATAKE-HONEYWELL dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, nota ini di buat hanya berdasarkan kepada pengalaman saya selama berbelas tahun di industri yang banyak menggunakan sistem automasi dalam operasi sehariannya. Selain daripada itu, saya akan gunakan dwi-bahasa untuk nota ini dengan bahasa inggeris saya kekalkan untuk istilah-istilah tertentu, contohnya ‘sensor’ (bahasa melayunya : penderia). Ok, here we go….

Sensor adalah sejenis peranti yang bertindak-balas terhadap perubahan dan memberikan satu keluaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat/bacaan tentang sesuatu perubahan itu. Selain daripada itu, keluaran daripada sensor juga ada yang berbentuk isyarat (elektrik) yang boleh digunakan sebagai maklumat masukan kepada pengawal/pemproses ataupun digunakan terus untuk sesuatu tindakan oleh litar penerima.

Contoh 1 : Mendapatkan bacaan/data : Termometer Merkuri

Juga adalah sejenis sensor di mana merkuri bertindak-balas kepada perubahan suhu. Pengembangan dan penguncupan merkuri di dalam tiub memberikan bacaan suhu yang dapat di lihat secara visual.


Contoh 2 : Masukkan(input) kepada litar pengawal ringkas - Float Sensor

Saya ingin mengambil satu contoh litar pengawal ringkas yang menerima maklumat daripada ‘Float sensor’ dan terus mengeluarkan amaran tentang paras air yang terlalu tinggi. Di dalam kes ini, float sensor diletakkan di bahagian drain out pipe sebuah mesin yang menggunakan air sebagai penyejuk di dalam prosesnya. Untuk mengesan jika drain out pipe tersumbat,sebuah float sensor telah diletakkan didalamnya. Apabila drain out pipe tersumbat, air tidak dapat mengalir keluar dengan cekap dan paras air didalamnya akan naik. Disinilah fungsi float sensor iaitu mengesan kenaikan paras air yang tidak sepatutnya berlaku.

Gambar float sensor dua wayar di atas adalah jenis yang biasa digunakan. Berfungsi sama seperti magnetic switch, bahagian pelampung ( berwarna putih ) akan timbul mengikut paras air. Pelampung akan mempunyai magnet kecil di mana medan magnet itu akan menyebabkan litar tertutup apabila pelampung berada pada kedudukan atas.


Saya katakan litar pengawal ringkas di sini ialah kerana apabila float sensor mengesan paras air melebihi tahap sepatutnya, sebuah buzzer amaran akan terus dibunyikan,tanpa tindakan susulan yang lain oleh mesin. Lihat ladder diagram di bawah di mana sebuah relay digunakan sebagai isolator kerana buzzer yang digunakan dikuasakan dengan arus ulang alik.

Selain daripada itu, fungsi yang lebih lanjut boleh juga dilaksanakan seperti contohnya memberhentikan operasi mesin secara automatic di mana relay boleh digunakan untuk memutuskan bekalan atau menghidupkan fungsi brek bagi memberhentikan bahagian mesin yang bergerak.


Contoh 3: Masukkan (input) kepada litar pengawal kompleks (PLC, micro-controller dll) : Displacement sensor

Istilah displacement sensor sebenarnya merujuk kepada fungsi sesebuah sensor itu dan bukan jenis sensor. Jenis sensor yang digunakan untuk fungsi ini boleh jadi jenis seperti optical-fork sensor ( optical-through beam sensor), optical-reflective sensor, metal detector, proximity sensor, pressure sensor dan sebagainya mengikut kesesuaian fungsi pada sesebuah mesin. Sebelum kita pergi kepada penerangan yg lebih lanjut untuk setiap jenis sensor yang telah disebut,kita lihat dulu bagaimana fungsi sensor yang dinamakan displacement sensor menjadi masukkan kepada litar pengawal untuk fungsi yang lebih kompleks.
Displacement sensor berfungsi mengesan perubahan mekanikal sesuatu bahagian sama ada bahagian itu hadir atau tidak pada tempat yang telah ditentukan.

Contoh A : Modul Pemilih ( selector module )

Sebuah mesin menghasilkan produk sama saiz tetapi berlainan material iaitu plastic dan logam. Produk yang dihasilkan digerakkan diatas sebuah conveyor untuk diasingkan mengikut jenis material oleh Modul Pemilih. Di modul pemilih, sebuah sensor jenis metal detector digunakan untuk mengenalpasti produk yang diperbuat daripada logam. Apabila sensor mengesan produk yang diperbuat daripada logam, serta merta produk itu akan di tolak ke dalam suatu bekas khas. Jika sensor tidak mengesan kehadiran logam, produk tersebut terus berlalu dan masuk ke dalam bekas lain.


Gambarajah di bawah menunjukkan sambungan litar untuk kawalan seperti yang dihuraikan di atas ;

Turutan fungsinya adalah seperti berikut ;

1.Sensor mengesan produk logam dan menghantar isyarat ke litar pengawal melalui Input Interface.
2.CPU memproses maklumat isyarat yang di terima dan membandingkan dengan arahan software/program yang di simpan di dalam memori.
3. Tindakan seperti yang telah dprogramkan ialah untuk menolak produk logam tersebut maka CPU pun mengeluarkan arahan untuk isyarat keluaran ( output ) dikeluarkan melalui Output Interface untuk menghidupkan solenoid valve yang akan memandu silinder pneumatic menolak produk logam.

Contoh B : Kawalan Posisi ( Position Control )

Position Control ialah satu proses di mana sebuah mesin dapat mengetahui tentang kedudukan bahagian-bahagian mesin itu sendiri dan membuat pergerakkan pada kadar yang ditentukan oleh program.  Fungsi inilah yang membawa kepada teknologi robotic.  Lebih dekat kepada robotic ialah suatu system yang dikenali sebagai ‘Servo’ dimana kawalan posisi melibatkan system computer dan pemproses maklumat, sensory feedback dan output command. Saya akan menyentuh tentang position control jenis ini nanti.

Baiklah, menggunakan kembali fungsi modul pemilih, untuk sebuah mesin seperti di atas bekerja dengan lebih cekap tanpa kesilapan yang boleh merosakkan mesin, beberapa syarat perlu dipenuhi semasa proses menolak produk logam oleh silinder pneumatic ;

Pertama : semasa silinder hendak menolak produk logam, conveyer mestilah berhenti.

Kedua : conveyer hanya akan bergerak jika pusher silinder pneumatic berada pada posisi backward.

Untuk kedua-dua syarat di atas sahaja, sebuah lagi sensor perlu di tambah iaitu sensor yang boleh mengesan kedudukan pusher silinder pneumatic. Selain daripada itu, program mestilah juga mempunyai arahan untuk menjalankan dan memberhentikan motor conveyer.  Lihat tambahan pada litar seperti di bawah.

Setakat ini diharapkan pembaca sudah boleh memahami fungsi sensor dan litar kawalan serta bagaimana aplikasinya yang sangat penting dan sangat meluas di dalam bidang automasi. Boleh dikatakan yang sensor adalah peranti utama yang  mesti ada pada sesuatu mesin selepas ‘suis’.

Lanjutan daripada topic ini di post yang lain, saya akan menerangkan jenis-jenis sensor yang kerap kali digunakan pada mesin-mesin automasi , fungsinya dan aplikasinya satu persatu mengikut senarai di bawah ;

1.       Roller microswitch
2.       Optical reflective sensor
3.       Optical fork sensor / Optical through beam sensor
4.       Metal detector
5.       Capasitive sensor
6.       Thermocouple




KURSUS - BASIC ARDUINO

Untuk artikel kali ini saya menggunakan bahasa rojak ya. Utamanya bahasa melayu dengan istilah2 teknikal dalam bahasa Inggeris sekiranya leb...