Rabu, 26 April 2017

Menukar Air-cond blower motor kereta viva 850

Simtom2

Aircond blower selepas 4 tahun (kes kereta saya) terasa seperti kurang power. Pada satu hari yang panas, ketika sedang memandu tiba-tiba terhidu bau komponen elektronik terbakar. setelah diamati ianya datang dari lubang udara keluaran aircond. Tidak lama selepas itu tiada lagi angin yang keluar. adusss......

Troubleshooting

Hidupkan aircond dan mendapati yang sistem aircond lain seperti compressor berfungsi seperti sediakala. Selepas itu periksa fius 7.5A dalam kotak fius dan didapati fius juga tidak putus. Jadi kesimpulannya memang motor blower itu sendiri yang bermasalah.

Beli sparepart

Di kedai sparepart, pada hari itu, April 2017, harga blower motor ori RM190. Harga local punya RM110. Disebabkan perbezaan yang agak jauh, saya pilih local punya....hehe

Proses tukar...


Tanggalkan Glove Box dan panel plastik (bawah).

Guna spanar 10mm, tanggalkan 4 bolt dan kemudian tanggalkan bahagian yang diikat oleh bolt2 tersebut iaitu Fuel Injection Controller Box dan Connector Bracket.


Jika di lihat dari bawah, beginilah rupa kedudukan blower motor. Tanggalkan 3 Buttonhead Philip screw dan cabut motor supply connector. Ada satu hos yang juga perlu ditanggalkan.


Ini blower motor baru keluar kotak


Baru dan lama..


Ini rupanya setelah blower motor di tanggalkan

Proses pasang balik cuma terbalikkan proses menanggal tadi, dan jangan lupa pasang balik motor supply connector dan hos.

Selesai dengan kos harga barang RM110 dan tenaga sendiri.


3 ulasan:

  1. terbaik bro ulasan..kereta kawan baru kena macam ni,situasi mmg sama..mau hangit sebelum blower tak hidup..air compressor hidup je

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Kereta saya baru je kna mcm ni..nk tnya fius 7.5A tu nk cek dekat mna ya?

    BalasPadam

GEN - Z & Alpha : A Guide For Navigating Modern Culture

WARNING : The opening passage below uses Gen Z and Gen Alpha Slangs When Australian Senator Fatima Payman’s speech went viral, it totally ca...