Selasa, 8 September 2026

Buku Rujukan Boilerman Gred 2

Pada tahun 2014, saya telah menulis satu blog post yang bertajuk ' Nota Rujukan - Boilerman Gred 2 '. 

Post itu telah di baca oleh lebih 130,000 orang dan mendapat respon/komen/soalan daripada lebih 70 orang. Alhamdulillah, ramai bakal-bakal Boilerman telah mendapat manfaat daripada maklumat yang dikongsikan.

Beberapa tahun telah berlalu dan terdapat banyak perubahan terutama sekali dari segi Akta dan undang-undang yang berkaitan. Pada tahun 2027 juga nanti pertama kali pihak JKKP menetapkan bahawa semua Boilerman di dalam sektor awam perlu memperbaharui lesen mereka. Saya sendiri adalah pekerja di sektor awam yang memegang lesen Boilerman Gred 2 sejak 2012. Sebelum ini, di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, sijil kekompetenan boilerman (buku fizikal) dikeluarkan tanpa tarikh luput (sah seumur hidup). Namun, bermula 1 Jun 2024, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) telah menguatkuasakan syarat baharu yang mewajibkan semua orang kompeten memperbaharui lesen secara berkala. 

Di bawah undang-undang terbaharu Malaysia iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dipinda, frekuensi untuk memperbaharui lesen boilerman (Operator Dandang Stim) sama ada di sektor swasta mahupun awam adalah setiap 3 tahun sekali. (https://dosh.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/Garis-Panduan-Pendaftaran-Dan-Pembaharuan-Pendaftaran-Orang-Kompeten-2024.pdf)

Memandangkan telah ada banyak perubahan seperti yang disebut di atas, saya telah cuba mengumpulkan semua maklumat berkaitan dan membukukannya di dalam sebuah e-book yang saya jual dengan harga yang sangat berpatutan di Google Play. Link seperti di bawah ;

https://play.google.com/store/books/details/Rosedi_Che_Rose_BOILERMAN_GRED_2?id=zFwIEgAAQBAJ


PRAKATA

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku Peperiksaan Lisan Boilerman Gred 2 ini akhirnya dapat disiapkan.

 

Buku ini dihasilkan dengan tujuan membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan lisan Boilerman Gred 2, di samping menjadi bahan rujukan kepada operator dandang, jurutera, tenaga pengajar, pelajar TVET serta sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang pengendalian dandang stim.

 

Kandungan buku ini disusun berdasarkan silibus dan topik yang lazim ditanya dalam peperiksaan lisan, digabungkan dengan pengalaman industri, amalan sebenar di tempat kerja, keperluan keselamatan, serta rujukan kepada undang-undang dan piawaian yang berkaitan. Penjelasan diberikan dalam bahasa yang mudah difahami supaya pembaca bukan sahaja mampu menghafal jawapan, malah memahami konsep serta sebab di sebalik setiap prosedur yang diamalkan.

 

Bidang pengendalian dandang merupakan satu bidang yang memerlukan tahap disiplin, pengetahuan dan tanggungjawab yang tinggi. Kesilapan kecil boleh membawa kepada kemalangan yang serius serta mengancam nyawa dan harta benda. Oleh itu, setiap orang kompeten hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi kehendak undang-undang, mengamalkan prosedur operasi yang betul serta tidak berhenti menimba ilmu sepanjang kerjaya mereka.

 

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan, penulis mengakui bahawa peraturan, piawaian dan teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh itu, pembaca disarankan supaya sentiasa merujuk kepada akta, peraturan, garis panduan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), kod ASME, manual pengeluar serta dokumen rasmi yang terkini sebagai rujukan utama.

Penulis berharap buku ini dapat menjadi teman ulang kaji yang bermanfaat, membantu meningkatkan keyakinan calon menghadapi peperiksaan lisan, seterusnya melahirkan lebih ramai Boilerman yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti dan sentiasa mengutamakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

 

Akhir kata, semoga segala usaha kecil ini memberi manfaat kepada semua pembaca dan menjadi satu amal jariah yang berterusan.

 

Tc. Rosedi che Rose



Buku Rujukan Boilerman Gred 2

Pada tahun 2014, saya telah menulis satu blog post yang bertajuk ' Nota Rujukan - Boilerman Gred 2 '.  Post itu telah di baca oleh l...