Khamis, 18 Mei 2023

IKHTIAR HIDUP SELEPAS PERANG NUKLEAR (SURVIVING POST NUCLEAR WAR)

Pelbagai konflik sedang berlangsung di seluruh dunia pada masa ini. Kerap kali kita dapat melihat pertembungan langsung atau  tidak langsung negara-negara yang mempunyai senjata nuklear di dalam perang proksi dan juga ekonomi. Kemungkinan untuk konflik menjadi semakin meruncing sehingga tercetusnya perang besar yang melibatkan penggunaan senjata nuklear tidak dapat dinafikan. Kita semua sedia maklum akan ribuan jumlah senjata nuklear yang dimiliki oleh beberapa negara di dunia dan kuasa ledakan senjata nuklear moden yang beribu kali ganda lebih berkuasa daripada bom atom yang digugurkan semasa perang dunia ke-2. Sekiranya mimpi ngeri ini menjadi kenyataan, seluruh dunia akan menerima akibat yang sangat dasyat.

                                   nuclear bomb explosion blast city shutterstock_639638614

Berjuta-juta manusia akan mati akibat kesan langsung ledakan nuklear yang mensasarkan negara-negara yang terlibat di dalam peperangan. Berjuta-juta lagi akan sakit dan mati daripada kesan tidak langsung akibat pendedahan kepada bahan radioaktif yang tersebar. 

Di negara-negara yang tidak terlibat dengan peperangan nuklear pula, kesan negatif terhadap ekonomi akan dirasai. Bayangkan negara kita tiba-tiba terputus hubungan dengan negara-negara utama dunia seperti US, China, India, Russia, Jepun dan lain-lain. Perdagangan terhenti dan tiada kemasukkan bahan-bahan makanan yang diimpot. Tiada juga ekspot menyebabkan banyak industri gulung tikar dan pekerja kehilangan kerja. 

Lebih parah lagi, peperangan nuklear akan mengakibatkan kesan negatif terhadap iklim global yang dikenali sebagai 'Musim Sejuk Nuklear' (Nuclear Winter) yang akan menghasilkan kesan rantaian yang menyebabkan berlaku kebuluran dan kematian jutaan lagi manusia.


Apakah dia 'Nuclear Winter' ?

"Nuclear winter" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hipotesis efek jangka panjang dari perang nuklear yang melibatkan pelepasan besar-besaran asap, debu, dan partikel ke atmosfera. Kesan ini akan mengakibatkan penurunan suhu global yang signifikan, pencahayaan matahari yang terhalang, dan perubahan dramatik dalam iklim global.

Ketika bom nuklear meledak, ia akan menghasilkan kepanasan yang sangat tinggi dan ledakan yang menghasilkan asap dan partikel-partikel debu. Jika pelepasan ini terjadi dalam jumlah besar, asap dan debu tersebut akan terangkat ke atmosfera dan menyebar di seluruh dunia. Partikel-partikel ini akan mencapai stratosfera dan akan terapung di sana selama beberapa tahun.

Kesan utama dari nuclear winter adalah penurunan suhu global. Asap dan debu yang terkumpul di atmosfer akan memantulkan sinar matahari kembali ke luar angkasa sehingga menyebabkan penurunan suhu yang signifikan di permukaan Bumi. Akibatnya, suhu yang lebih rendah dan sinar matahari yang terhalang akan mempengaruhi pertumbuhan tanaman, sistem ekologi, dan pola cuaca.

Kesan Nuclear Winter kepada kehidupan

Kesannya pada tumbuhan, haiwan, dan manusia akan sangat signifikan dalam senario nuclear winter. Berikut adalah beberapa akibat yang mungkin akan terjadi:

Tumbuhan: Penurunan suhu yang drastik dan pencahayaan matahari yang terbatas akan menghalang proses fotosintesis pada tumbuhan. Hal ini dapat menyebabkan penurunan pertumbuhan dan produksi tanaman. Tanaman yang bergantung pada sinar matahari secara langsung akan mengalami kesukaran untuk hidup.


Haiwan: Gangguan ekosistem dan penurunan pertumbuhan tanaman akan menyebabkan kesan yang buruk pada kehidupan haiwan. Perubahan kepada tingkah laku dan polar migrasi kerana mencari sumber makanan dan habitat boleh menyebabkan konflik antara spesis. Rantaian makanan akan terjejas kerana kurangnya sumber makanan, kehilangan habitat dan penurunan populasi. Kombinasi yang akhirnya akan menyebabkan kepupusan.

Manusia: Nuclear winter pastinya juga membawa kesan yang serius pada manusia. Penurunan suhu yang ekstrim akan menyebabkan cuaca yang sangat dingin dan cuaca ekstrim lainnya, yang mengancam kehidupan manusia. Selain itu, penurunan produksi pertanian akan menyebabkan pengurangan bekalan makanan, kekurangan zat, dan kelaparan. Gangguan ekonomi dan sosial juga akan terjadi sebagai akibat dari kerosakan infrastruktur dan kekacauan. Makanan dan keperluan asas yang terhad akan mengubah cara manusia berjual beli. Hanya emas dan logam atau barang berharga yang lain sahaja yang boleh dijadikan sebagai matawang atau pertukaran. Bahkan boleh mencapai satu tahap di mana logam berharga juga tiada nilainya lagi. Hanya makanan dan keperluan asas sahaja yang boleh dijadikan pertukaran (barter trade) untuk mendapatkan apa yang diperlukan. Konflik juga akan tercetus sesama manusia kerana berebut sumber atau bekalan makanan dan keperluan asas yang semakin sedikit.




Persediaan

Jesteru itu, apakah persediaan yang perlu kita ada untuk menghadapi atau pun sebagai ikhtiar hidup untuk meneruskan kehidupan selepas dunia di landa perang nuklear ?

Sebagai persediaan sebelum meletusnya perang nuklear, perkara-perkara di bawah adalah yang terbaik sekiranya mampu direalisasikan ;

1. Berada di dalam kumpulan yang saling mempercayai dan boleh bergantung kepada satu sama lain di mana setiap orang mempunyai komitmen untuk saling membantu, menyediakan dan melindungi.

2. Berada di satu kawasan yang jauh daripada tumpuan ramai yang berpotensi tercetusnya huru-hara. Sebaik-baiknya ialah kawasan yang tidak diketahui ramai dan jika terpaksa, boleh dan sedia untuk dipertahankan.

3. Menyimpan stok makanan yang tahan lama ( non-perishable food ).

4. Mengusahakan ternakan dan bercucuk tanam untuk keperluan sendiri atau kumpulan sendiri. Untuk senario Nuklear Winter, perlu ditumpukan juga pada tanaman makanan yang tidak memerlukan matahari atau pun hanya memerlukan cahaya yang sedikit (cahaya buatan).

5. Mempunyai pengetahuan dalam mengenali sumber makanan yang boleh di cari dari persekitaran atau hutan seperti tumbuh-tumbuhan liar, serangga atau haiwan dan lain-lain.

Selain daripada 5 perkara di atas, terdapat banyak lagi persediaan yang perlu dilakukan antaranya peralatan/bekalan untuk perubatan, kesihatan, keselamatan, penyediaan minuman dan makanan yang selamat, sumber tenaga untuk menjana haba dan cahaya dan lain-lain. Namun perkara 1-5 bagi saya adalah yang paling asas dan jika masih tidak mampu semua, paling minima perkara 3, 4 dan 5 mestilah diusahakan sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.


Makanan yang tahan lama ( Non-perishable food )

Makanan dianggap tahan lama dan tidak mudah rosak ialah jika ianya ditinkan, dikeringkan, diawet atau telah dibuang airnya. Contoh makanan ini termasuk kekacang, mentega, kopi, madu, susu tepung, beras dan gandum. Di bawah pula adalah contoh makanan yang saya kategorikan sebagai tahan sangat lama jika di simpan dengan cara yang betul ;

1. Madu

2. Gula

3. Cuka apel

4. Garam

5. Tepung jagung

6. Bijirin gandum

7. Kicap

8. Beras putih

9. Kekacang kering

10. Serbuk kopi kering

11. Emergency Food - Compact Biscuit Shelf Life 20 years

https://s.lazada.com.my/s.5Cb4P?cc


Compact Biscuit ini mendapat pengesahan Halal daripada MUI (Majlis Ulama Indonesia) yang di iktiraf oleh JAKIM.


Tanaman yang boleh hidup dengan cahaya minima (atau cahaya buatan)

1. Cendawan https://s.lazada.com.my/s.5y0W7?cc



2. Kecambah (Microgreens)

3. Sayuran daun (bayam, salad..)

4. Herba (pudina,parsley,ketumbar,daun bawang)

5. Sprouts (taugeh, kecambah..)

6. Halia

* Baca perbezaan antara sprouts dan microgreens di sini https://www.urbancultivator.net/microgreens-vs-sprouts/#:~:text=To%20sum%20it%20up%2C%20here,of%20sprouts%20can%20be%20eaten

Tumbuhan/sumber makanan liar dari persekitaran

Di bawah ini pula ialah senarai beberapa jenis tumbuhan liar yang boleh di cari untuk dijadikan sumber makanan. Disertakan juga link blog/artikel yang mempunyai info berguna berkaitan tumbuhan tersebut.

1. Ubi Porang/konjac. Tidak pasti di Malaysia, tetapi di Indonesia malah sudah dikomersialkan. http://animhosnan.blogspot.com/2020/07/teknologi-tanaman-porang.html

2. Ubi Gadong (mempunyai racun tetapi boleh dihilangkan dengan merendam hirisan di air mengalir selama 2-3 hari). http://memoirbudakkampung.blogspot.com/2012/05/ubi-gadong-ubi-beracun.html

3. Ubi kayu. Ubi kayu juga mengandungi toksin. Penting untuk tahu cara memproses. Boleh rujuk artikel di link https://siraplimau.com/toksin-dalam-ubi-kayu-boleh-menyebabkan-koma-ini-cara-buang-dengan-betul/#:~:text=Linamarin%20adalah%20sejenis%20toksin%20semulajadi,lalu%20menyebabkan%20toksin%20kepada%20manusia.

4. Cendawan tiram liar. Untuk mengenali cendawan sama ada beracun atau tidak, boleh merujuk ke blog ini https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cara-kenal-pasti-cendawan-beracun-atau-tidak/

5. Bayam liar. Terdapat juga yang beracun. Antara yang boleh di makan dikenali sebagai Bayam Duri. Info di sini http://azmisihat.blogspot.com/2014/11/pokok-bayam-duri.html

6. Kangkung air. https://linaherbs.blogspot.com/2010/05/kangkung-air.html

7. Asam jawa. http://mikohiro.blogspot.com/2010/06/tamarine-asam-jawa.html#

8. Ulat sagu ..... kalau lalu makan, anda memang terror. Darurat boleh kot. https://siakapkeli.my/2022/02/13/ulat-sagu-halal-atau-haram-dimakan-baca-penjelasan-dr-zulkifli-ini/

9. Rebung buluh / bamboo shoots. http://wannorhaiza.blogspot.com/2010/11/cara-cara-memproses-rebung-supaya-tidak.html

10. Umbut (pisang hutan dll, sawit, kelapa dll jenis palma). Cara mengambil umbut pisang https://www.youtube.com/watch?v=uEtADqYQ_zY


Akhir sekali bahan mentah yang teramat berharga lagi penting tidak lain dan tidak bukan ialah air. Kegunaan air selain sebagai minuman untuk tubuh berfungsi dengan normal, air juga penting untuk penyediaan makanan dan kebersihan. Oleh itu sangat penting untuk memastikan kita sentiasa ada akses kepada bekalan air yang tidak tercemar dan mencukupi.

Selain daripada itu, masalah kekurangan sumber air memerlukan kita untuk merancang aktiviti pengumpulan dan penggunaan air. Mencari atau mengumpul air adalah aktiviti yang amat penting di dalam 3 aktiviti utama ikhtiar hidup. Setiap kali anda berada dalam situasi isolasi atau dalam proses mencari jalan keluar daripada kesukaran yang menimpa di mana anda juga harus memastikan kelangsungan hidup anda tidak terjejas dengan teruk, 3 perkara yang mesti anda pastikan ialah adanya air, makanan dan tempat perlindungan. Pengetahuan dalam kaedah mencari air dari pelbagai sumber juga penting. Untuk tidak menjadikan artikel ini terlalu panjang, mungkin akan disiarkan topik berkaitan mencari air pada masa lain.

Jika ada apa-apa maklumat tambahan yang pembaca ingin kongsikan, saya menghargainya jika anda sudi berkongsi di ruangan komen.




Khamis, 4 Mei 2023

Panduan Membaiki Seterika Stim Philip( Philip Steam Iron Repair )

Panduan Membaiki Seterika Stim 

Daripada hanya menolong kawan-kawan, saya kini sudah mendapat banyak permintaan untuk membaiki Steam Iron. Pelbagai jenis Steam Iron yang telah saya troubleshoot mahu pun repair, jenis tangki kecil pada iron, jenis tangki besar berasingan, jenis tangki besar berasingan dengan Boiler dan lain-lain.

Jenama paling popular yang selalu saya baiki ialah Philip. Sememangnya Philip Steam Generator Iron sangat popular di kalangan pengguna. Terdapat banyak model yang telah dikeluarkan antaranya siri ;

 7000, Tangki air berasingan tetapi tiada boiler. Steam dihasilkan dengan mengepam titisan air ke Sole-plate yang panas dengan kawalan suis.

 8000, Tangki air berasingan dengan boiler. Air di pam ke dalam boiler. Steam dihasilkan di dalam boiler dan disalurkan terus ke Sole-plate dengan kawalan suis.

 9000, sama seperti siri 8000 tetapi dengan saiz/kapasiti yang lebih besar.

Untuk perkongsian ilmu pada kali ini, saya kongsikan panduan membaiki seterika stim berasaskan model paling popular jenama Philip iaitu GC8625.


Model paling popular ialah GC8625 seperti foto di bawah.


Model ini mempunyai tangki berasingan dan turut dilengkapi dengan Boiler untuk keluaran stim yang banyak dan lebih konsisten. Kebiasaannya masalah akan mula timbul selepas 3 tahun digunakan. Masalah yang paling kerap ialah kerosakan pada pam airnya. Disebabkan itu, ramai yang suka memberi pendapat supaya pengguna seterika jenis ini menukar pam air jika menghadapi masalah stim tidak keluar. Namun tidak semua kes disebabkan oleh kerosakan pam air. Mengikut pengalaman saya, kerosakan yang berlaku boleh dipecahkan kepada punca-punca seperti berikut ;

Pam Air = 70%

Papan Litar kawalan = 15%

Injap Solenoid untuk stim = 5%

Binaan Boiler dan pemanas = 5%

Thermostat = 5%


Jadi, untuk terus membuat kesimpulan bahawa Pam Air yang rosak dan terus menukarkannya berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika itu berlaku, pengguna akan mengalami kerugian kerana harga sebuah Pam Air tidak murah. Oleh itu penting untuk kita melakukan 'troubleshooting' terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca kerosakan.

Untuk melakukan troubleshooting dan membaiki seterika stim ini, seseorang perlu mempunyai pengetahuan teknikal dalam ;

1. Penggunaan alat tangan seperti screw driver pelbagai saiz dan jenis mata ( flat, philip, torx star), opened end atau adjustable spanner, long nose plyer.

2. Alat pengukuran elektrik (multimeter).

3. Elektrikal umum ( untuk mengenalpasti punca bekalan kuasa, laluan bekalan kuasa dan aspek keselamatan ) dan

4. Elektronik ( untuk mengenalpasti komponen dan cara-cara untuk melakukan pengukuran elektrik ).

Paling penting perlu memahami carakerja atau work flow seterika ini supaya mudah dalam proses troubleshooting untuk menentukan punca masalah. 


Cara kerja Philip GC8625 Steam Generator Iron ;

Selepas Power On ;

1. Boiler dan seterika akan memanas

2. Thermistor akan mengesan suhu panas pada Boiler dan memberi isyarat pada controller

3. Setelah Controller mendapat maklumat yang boiler sudah panas, ia akan beri isyarat untuk hidupkan pam air.

4. Thermostat mengawal suhu di boiler (memutuskan litar kuasa ke heater jika suhu sudah mencecah  pada paras yang dikehendaki)

5. Stim keluar dari Sole-plate seterika bila suis pada seterika di picit

6. Thermistor mengesan suhu tinggi yang menandakan air kurang dalam boiler dan controller hidupkan pam air lagi. 


Masalah tiada stim keluar, beberapa kemungkinan boleh berlaku seperti ;

1. Tiada air dalam boiler kerana pam rosak

2. Boiler tidak panas kerana thermostat rosak (litar buka - open circuit)

3. Boiler tidak panas kerana heater element rosak (litar buka )

4. Boiler tidak panas kerana power tidak masuk ke heater ( litar buka atau tiada power output dari Controller board )

5. Boiler panas tapi thermistor yang rosak (Controller board tidak mendapat isyarat dari thermistor)

6. Solenoid valve rosak

7. Solenoid valve tidak berfungsi kerana tiada power dari controller board

8. Solenoid valve tidak berfungsi kerana suis pada seterika rosak atau masalah electrical contact

Bagi Model 7000 series yang tidak menggunakan Boiler pula, masalah hose tersumbat adalah yang paling kerap berlaku. Ini adalah kerana pam air akan mengepam air terus ke unit seterika di mana titisan air akan di tukar kepada stim di dalam Sole Plate. Kekotoran dari air dan tangki boleh menyebabkan hose yang kecil tersumbat.

Oleh kerana masalah pam air rosak merupakan masalah yang paling kerap berlaku pada model popular GC8625, pada akhir posting ini saya akan terangkan bagaimana cara yang mudah untuk memastikan yang pam air telah benar2 rosak.


Sebelum itu sila rujuk kepada troubleshooting flow-chart yang saya lakarkan di bawah untuk kaedah mengenalpasti kerosakan jika berlaku masalah tiada keluaran stim.



Seperti yang anda lihat, ada banyak kemungkinan yang menjadi punca kenapa sterika gagal mengeluarkan stim. Flowchart ini bersama-sama dengan kefahaman terhadap carakerja seterika boleh membantu anda untuk membuat troubleshooting dan 'rule-out'satu persatu punca sehingga anda dapat mengenalpasti punca sebenar masalah.


Multi-meter

Di dalam proses troubleshooting, alat ukur multi-meter sangat penting. Ianya perlu digunakan untuk ;

1. Memastikan litar normally-closed thermostat dalam keadaan baik (tidak open circuit pada suhu rendah).

2. Memastikan gelung pada solenid valve tidak open circuit.

3. Memastikan yang heater element juga tidak open circuit. Menggunakan mode untuk mengukur rintangan dalam ohm, heater element yang baik akan mempunyai bacaan nilai rintangan dan bukannya open circuit.

4. Memastikan bekalan voltan 240V sampai ke solenoid bila suis di tekan. 

5. Memastikan tiada punca bekalan kuasa, sambungan bekalan kuasa atau laluan bekalan kuasa berada dalam keadaan short-curcuit ke ground.

6. Jika perlu untuk memastikan bekalan voltan masukan ke Controller board, water pump, heater element, seterika, ada seperti sepatutnya.

AWAS : APABILA MENGUKUR KEHADIRAN VOLTAN AC240V. PASTIKAN TIADA SENTUHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK DAN TIADA KESILAPAN MELETAKKAN PROBE MULTIMETER.

UTAMAKAN KESELAMATAN


Cara mudah menentukan yang Water Pump telah rosak

Water pump yang digunakan di dalam Philip Steam generator Iron adalah dari jenama JIAYIN buatan China. Ianya merupakan sejenis vibration pump yang bergetar mengikut frekuensi voltan masukan 240VAC iaitu pada 60Hz.



Pam ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Solenoid Body dan One way valve (Injap sehala). Belum pernah lagi saya jumpa kerosakan pada Solenoid Body. 100% kerosakan pada water pump ini adalah berpunca daripada bahagian Injap sehalanya di mana bahagian yang dinamakan valve seat telah haus atau patah. Video di bawah menunjukkan bahagian yang dimaksudkan ;




Masalah tiada keluaran stim yang disebabkan oleh kerosakan pada water pump adalah kerana kegagalan water pum memasukkan air ke dalam boiler. Kegagalan ini disebabkan oleh kerosakan pada bahagian injap sehala pada pump. 

Oleh itu, jika tiada keluaran stim tetapi water pump masih mengeluarkan bunyi bergetar, anda cuma perlu pastikan sama ada paras air di tangki menurun atau tidak. Jika paras air langsung tidak turun semasa pam bergetar, maka sah lah bahawa pump telah rosak. Maka bolehlah anda membaikinya dengan menukarkan dengan pump yang baru. Sila lihat video di bawah bagaimana operasi Steam Generator Iron yang dalam keadaan baik.





Setakat ini yang saya dapat kongsikan berkenaan panduan membaiki seterika stim. Walaupun lebih merujuk kepada model popular GC8625, kefahaman terhadap cara-kerja, mengenal pasti komponen-komponen yang terlibat serta pengetahuan tentang kaedah troubleshooting pasti boleh dijadikan panduan untuk membaiki seterika stim daripada jenis atau model yang lain.

Semoga apa yang saya konsikan ini dapat memberi manfaat pada semua. Apa2 pertanyaan, atau cadangan mahupun teguran, sila letakkan di ruangan komen. saya akan cuba respon sebaik mungkin.

Di bawah ini, saya akan kongsikan link-link untuk membeli sparepart seterika stim.
 

Link untuk membeli water pump ;

https://s.lazada.com.my/s.5oigr?cc

 https://s.lazada.com.my/s.5oQwN?cc


Link untuk membeli solenoid valve

https://s.lazada.com.my/s.5o8GE?cc


Link untuk membeli boiler assembly

https://s.lazada.com.my/s.5o8vn?cc


Link untuk membeli thermostat

https://s.lazada.com.my/s.5o9Xw?cc


Update 20/6/23

Dalam masa terdekat ini, saya telah menerima 3 kes iron yang mengalami kerosakan pada control board. Apa yang boleh saya nasihatkan pada pengguna ialah, jika iron mengalami masalah kawalan pada suis keluaran stim, hantarlah terus untuk dibaiki. Jangan sekali-kali mengosongkan tangki air dan terus menggunakan iron tanpa stim. Tindakan begitu boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku di mana solenoid valve untuk stim boleh rosak/terbakar dan short dengan ground.


Jika mahu menghantar seterika stim kepada saya untuk di baiki (IPOH), sila whatsapp saya di 019-465 7645.

-Rosedi-

5/5/23


KURSUS - BASIC ARDUINO

Untuk artikel kali ini saya menggunakan bahasa rojak ya. Utamanya bahasa melayu dengan istilah2 teknikal dalam bahasa Inggeris sekiranya leb...