Khamis, 18 Mei 2023

IKHTIAR HIDUP SELEPAS PERANG NUKLEAR (SURVIVING POST NUCLEAR WAR)

Pelbagai konflik sedang berlangsung di seluruh dunia pada masa ini. Kerap kali kita dapat melihat pertembungan langsung atau  tidak langsung negara-negara yang mempunyai senjata nuklear di dalam perang proksi dan juga ekonomi. Kemungkinan untuk konflik menjadi semakin meruncing sehingga tercetusnya perang besar yang melibatkan penggunaan senjata nuklear tidak dapat dinafikan. Kita semua sedia maklum akan ribuan jumlah senjata nuklear yang dimiliki oleh beberapa negara di dunia dan kuasa ledakan senjata nuklear moden yang beribu kali ganda lebih berkuasa daripada bom atom yang digugurkan semasa perang dunia ke-2. Sekiranya mimpi ngeri ini menjadi kenyataan, seluruh dunia akan menerima akibat yang sangat dasyat.

                                   nuclear bomb explosion blast city shutterstock_639638614

Berjuta-juta manusia akan mati akibat kesan langsung ledakan nuklear yang mensasarkan negara-negara yang terlibat di dalam peperangan. Berjuta-juta lagi akan sakit dan mati daripada kesan tidak langsung akibat pendedahan kepada bahan radioaktif yang tersebar. 

Di negara-negara yang tidak terlibat dengan peperangan nuklear pula, kesan negatif terhadap ekonomi akan dirasai. Bayangkan negara kita tiba-tiba terputus hubungan dengan negara-negara utama dunia seperti US, China, India, Russia, Jepun dan lain-lain. Perdagangan terhenti dan tiada kemasukkan bahan-bahan makanan yang diimpot. Tiada juga ekspot menyebabkan banyak industri gulung tikar dan pekerja kehilangan kerja. 

Lebih parah lagi, peperangan nuklear akan mengakibatkan kesan negatif terhadap iklim global yang dikenali sebagai 'Musim Sejuk Nuklear' (Nuclear Winter) yang akan menghasilkan kesan rantaian yang menyebabkan berlaku kebuluran dan kematian jutaan lagi manusia.


Apakah dia 'Nuclear Winter' ?

"Nuclear winter" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hipotesis efek jangka panjang dari perang nuklear yang melibatkan pelepasan besar-besaran asap, debu, dan partikel ke atmosfera. Kesan ini akan mengakibatkan penurunan suhu global yang signifikan, pencahayaan matahari yang terhalang, dan perubahan dramatik dalam iklim global.

Ketika bom nuklear meledak, ia akan menghasilkan kepanasan yang sangat tinggi dan ledakan yang menghasilkan asap dan partikel-partikel debu. Jika pelepasan ini terjadi dalam jumlah besar, asap dan debu tersebut akan terangkat ke atmosfera dan menyebar di seluruh dunia. Partikel-partikel ini akan mencapai stratosfera dan akan terapung di sana selama beberapa tahun.

Kesan utama dari nuclear winter adalah penurunan suhu global. Asap dan debu yang terkumpul di atmosfer akan memantulkan sinar matahari kembali ke luar angkasa sehingga menyebabkan penurunan suhu yang signifikan di permukaan Bumi. Akibatnya, suhu yang lebih rendah dan sinar matahari yang terhalang akan mempengaruhi pertumbuhan tanaman, sistem ekologi, dan pola cuaca.

Kesan Nuclear Winter kepada kehidupan

Kesannya pada tumbuhan, haiwan, dan manusia akan sangat signifikan dalam senario nuclear winter. Berikut adalah beberapa akibat yang mungkin akan terjadi:

Tumbuhan: Penurunan suhu yang drastik dan pencahayaan matahari yang terbatas akan menghalang proses fotosintesis pada tumbuhan. Hal ini dapat menyebabkan penurunan pertumbuhan dan produksi tanaman. Tanaman yang bergantung pada sinar matahari secara langsung akan mengalami kesukaran untuk hidup.


Haiwan: Gangguan ekosistem dan penurunan pertumbuhan tanaman akan menyebabkan kesan yang buruk pada kehidupan haiwan. Perubahan kepada tingkah laku dan polar migrasi kerana mencari sumber makanan dan habitat boleh menyebabkan konflik antara spesis. Rantaian makanan akan terjejas kerana kurangnya sumber makanan, kehilangan habitat dan penurunan populasi. Kombinasi yang akhirnya akan menyebabkan kepupusan.

Manusia: Nuclear winter pastinya juga membawa kesan yang serius pada manusia. Penurunan suhu yang ekstrim akan menyebabkan cuaca yang sangat dingin dan cuaca ekstrim lainnya, yang mengancam kehidupan manusia. Selain itu, penurunan produksi pertanian akan menyebabkan pengurangan bekalan makanan, kekurangan zat, dan kelaparan. Gangguan ekonomi dan sosial juga akan terjadi sebagai akibat dari kerosakan infrastruktur dan kekacauan. Makanan dan keperluan asas yang terhad akan mengubah cara manusia berjual beli. Hanya emas dan logam atau barang berharga yang lain sahaja yang boleh dijadikan sebagai matawang atau pertukaran. Bahkan boleh mencapai satu tahap di mana logam berharga juga tiada nilainya lagi. Hanya makanan dan keperluan asas sahaja yang boleh dijadikan pertukaran (barter trade) untuk mendapatkan apa yang diperlukan. Konflik juga akan tercetus sesama manusia kerana berebut sumber atau bekalan makanan dan keperluan asas yang semakin sedikit.




Persediaan

Jesteru itu, apakah persediaan yang perlu kita ada untuk menghadapi atau pun sebagai ikhtiar hidup untuk meneruskan kehidupan selepas dunia di landa perang nuklear ?

Sebagai persediaan sebelum meletusnya perang nuklear, perkara-perkara di bawah adalah yang terbaik sekiranya mampu direalisasikan ;

1. Berada di dalam kumpulan yang saling mempercayai dan boleh bergantung kepada satu sama lain di mana setiap orang mempunyai komitmen untuk saling membantu, menyediakan dan melindungi.

2. Berada di satu kawasan yang jauh daripada tumpuan ramai yang berpotensi tercetusnya huru-hara. Sebaik-baiknya ialah kawasan yang tidak diketahui ramai dan jika terpaksa, boleh dan sedia untuk dipertahankan.

3. Menyimpan stok makanan yang tahan lama ( non-perishable food ).

4. Mengusahakan ternakan dan bercucuk tanam untuk keperluan sendiri atau kumpulan sendiri. Untuk senario Nuklear Winter, perlu ditumpukan juga pada tanaman makanan yang tidak memerlukan matahari atau pun hanya memerlukan cahaya yang sedikit (cahaya buatan).

5. Mempunyai pengetahuan dalam mengenali sumber makanan yang boleh di cari dari persekitaran atau hutan seperti tumbuh-tumbuhan liar, serangga atau haiwan dan lain-lain.

Selain daripada 5 perkara di atas, terdapat banyak lagi persediaan yang perlu dilakukan antaranya peralatan/bekalan untuk perubatan, kesihatan, keselamatan, penyediaan minuman dan makanan yang selamat, sumber tenaga untuk menjana haba dan cahaya dan lain-lain. Namun perkara 1-5 bagi saya adalah yang paling asas dan jika masih tidak mampu semua, paling minima perkara 3, 4 dan 5 mestilah diusahakan sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.


Makanan yang tahan lama ( Non-perishable food )

Makanan dianggap tahan lama dan tidak mudah rosak ialah jika ianya ditinkan, dikeringkan, diawet atau telah dibuang airnya. Contoh makanan ini termasuk kekacang, mentega, kopi, madu, susu tepung, beras dan gandum. Di bawah pula adalah contoh makanan yang saya kategorikan sebagai tahan sangat lama jika di simpan dengan cara yang betul ;

1. Madu

2. Gula

3. Cuka apel

4. Garam

5. Tepung jagung

6. Bijirin gandum

7. Kicap

8. Beras putih

9. Kekacang kering

10. Serbuk kopi kering

11. Emergency Food - Compact Biscuit Shelf Life 20 years

https://s.lazada.com.my/s.5Cb4P?cc


Compact Biscuit ini mendapat pengesahan Halal daripada MUI (Majlis Ulama Indonesia) yang di iktiraf oleh JAKIM.


Tanaman yang boleh hidup dengan cahaya minima (atau cahaya buatan)

1. Cendawan https://s.lazada.com.my/s.5y0W7?cc



2. Kecambah (Microgreens)

3. Sayuran daun (bayam, salad..)

4. Herba (pudina,parsley,ketumbar,daun bawang)

5. Sprouts (taugeh, kecambah..)

6. Halia

* Baca perbezaan antara sprouts dan microgreens di sini https://www.urbancultivator.net/microgreens-vs-sprouts/#:~:text=To%20sum%20it%20up%2C%20here,of%20sprouts%20can%20be%20eaten

Tumbuhan/sumber makanan liar dari persekitaran

Di bawah ini pula ialah senarai beberapa jenis tumbuhan liar yang boleh di cari untuk dijadikan sumber makanan. Disertakan juga link blog/artikel yang mempunyai info berguna berkaitan tumbuhan tersebut.

1. Ubi Porang/konjac. Tidak pasti di Malaysia, tetapi di Indonesia malah sudah dikomersialkan. http://animhosnan.blogspot.com/2020/07/teknologi-tanaman-porang.html

2. Ubi Gadong (mempunyai racun tetapi boleh dihilangkan dengan merendam hirisan di air mengalir selama 2-3 hari). http://memoirbudakkampung.blogspot.com/2012/05/ubi-gadong-ubi-beracun.html

3. Ubi kayu. Ubi kayu juga mengandungi toksin. Penting untuk tahu cara memproses. Boleh rujuk artikel di link https://siraplimau.com/toksin-dalam-ubi-kayu-boleh-menyebabkan-koma-ini-cara-buang-dengan-betul/#:~:text=Linamarin%20adalah%20sejenis%20toksin%20semulajadi,lalu%20menyebabkan%20toksin%20kepada%20manusia.

4. Cendawan tiram liar. Untuk mengenali cendawan sama ada beracun atau tidak, boleh merujuk ke blog ini https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cara-kenal-pasti-cendawan-beracun-atau-tidak/

5. Bayam liar. Terdapat juga yang beracun. Antara yang boleh di makan dikenali sebagai Bayam Duri. Info di sini http://azmisihat.blogspot.com/2014/11/pokok-bayam-duri.html

6. Kangkung air. https://linaherbs.blogspot.com/2010/05/kangkung-air.html

7. Asam jawa. http://mikohiro.blogspot.com/2010/06/tamarine-asam-jawa.html#

8. Ulat sagu ..... kalau lalu makan, anda memang terror. Darurat boleh kot. https://siakapkeli.my/2022/02/13/ulat-sagu-halal-atau-haram-dimakan-baca-penjelasan-dr-zulkifli-ini/

9. Rebung buluh / bamboo shoots. http://wannorhaiza.blogspot.com/2010/11/cara-cara-memproses-rebung-supaya-tidak.html

10. Umbut (pisang hutan dll, sawit, kelapa dll jenis palma). Cara mengambil umbut pisang https://www.youtube.com/watch?v=uEtADqYQ_zY


Akhir sekali bahan mentah yang teramat berharga lagi penting tidak lain dan tidak bukan ialah air. Kegunaan air selain sebagai minuman untuk tubuh berfungsi dengan normal, air juga penting untuk penyediaan makanan dan kebersihan. Oleh itu sangat penting untuk memastikan kita sentiasa ada akses kepada bekalan air yang tidak tercemar dan mencukupi.

Selain daripada itu, masalah kekurangan sumber air memerlukan kita untuk merancang aktiviti pengumpulan dan penggunaan air. Mencari atau mengumpul air adalah aktiviti yang amat penting di dalam 3 aktiviti utama ikhtiar hidup. Setiap kali anda berada dalam situasi isolasi atau dalam proses mencari jalan keluar daripada kesukaran yang menimpa di mana anda juga harus memastikan kelangsungan hidup anda tidak terjejas dengan teruk, 3 perkara yang mesti anda pastikan ialah adanya air, makanan dan tempat perlindungan. Pengetahuan dalam kaedah mencari air dari pelbagai sumber juga penting. Untuk tidak menjadikan artikel ini terlalu panjang, mungkin akan disiarkan topik berkaitan mencari air pada masa lain.

Jika ada apa-apa maklumat tambahan yang pembaca ingin kongsikan, saya menghargainya jika anda sudi berkongsi di ruangan komen.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEMUDAHAN ATAU KERINGANAN DALAM BERWUDUK

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II menyediakan Siri Video Pendidikan ini sebagai satu wadah atau wasilah kepada kakitangan hos...