Rabu, 26 April 2017

Menukar Air-cond blower motor kereta viva 850

Simtom2

Aircond blower selepas 4 tahun (kes kereta saya) terasa seperti kurang power. Pada satu hari yang panas, ketika sedang memandu tiba-tiba terhidu bau komponen elektronik terbakar. setelah diamati ianya datang dari lubang udara keluaran aircond. Tidak lama selepas itu tiada lagi angin yang keluar. adusss......

Troubleshooting

Hidupkan aircond dan mendapati yang sistem aircond lain seperti compressor berfungsi seperti sediakala. Selepas itu periksa fius 7.5A dalam kotak fius dan didapati fius juga tidak putus. Jadi kesimpulannya memang motor blower itu sendiri yang bermasalah.

Beli sparepart

Di kedai sparepart, pada hari itu, April 2017, harga blower motor ori RM190. Harga local punya RM110. Disebabkan perbezaan yang agak jauh, saya pilih local punya....hehe

Proses tukar...


Tanggalkan Glove Box dan panel plastik (bawah).

Guna spanar 10mm, tanggalkan 4 bolt dan kemudian tanggalkan bahagian yang diikat oleh bolt2 tersebut iaitu Fuel Injection Controller Box dan Connector Bracket.


Jika di lihat dari bawah, beginilah rupa kedudukan blower motor. Tanggalkan 3 Buttonhead Philip screw dan cabut motor supply connector. Ada satu hos yang juga perlu ditanggalkan.


Ini blower motor baru keluar kotak


Baru dan lama..


Ini rupanya setelah blower motor di tanggalkan

Proses pasang balik cuma terbalikkan proses menanggal tadi, dan jangan lupa pasang balik motor supply connector dan hos.

Selesai dengan kos harga barang RM110 dan tenaga sendiri.


Rabu, 12 April 2017

Solenoid Driver

Anda benci pemproses (ada ke ?) dan tak suka tulis code. Ini adalah cara lain untuk drive solenoid on/off berulang kali dengan frekuensinya anda boleh kawal.



Bahan2nya ialah ;

1. DC power supply
2. PWM driver
3. DC motor
4. DIY rotary contact
5. Skil kraftangan secukup rasa



    Foto menunjukkan solenoid, dc motor dan DIY rotary contact.


    Foto menunjukkan power supply, PWM dan sambungan ke dc motor dan DIY rotary contact


Carakerja ;

PWM digunakan untuk melaras kelajuan motor yang memusingkan DIY rotary contact ( konsep macam karbon brush ). Frekuensi on/off solenoid mengikut rpm motor.


Pilihan lain ialah dengan menggunakan prosessor lah, sampai bila nak benci artificial brain ni kan............

Ada satu projek solenoid driver menggunakan processor Arduino Uno di laman web Instructable. Pembinaannya amat mudah dan hanya menggunakan program Blink. Namun untuk memahami cara-kerjanya anda mestilah ada sedikit pengetahuan tentang Arduino. Saya sharekan link di bawah ;

 http://www.instructables.com/id/Controlling-solenoids-with-arduino/

Saya sendiri telah cuba memasang projek ini dan ianya boleh berfungsi. Cuma bagi litar yang saya bina itu, kelihatan solenoidnya agak kurang berkuasa. Jadi saya melakukan sedikit modifikasi di mana switching voltage dari transistor TP120 saya gunakan untuk drive relay dan relay pula akan memberi laluan voltan 12vdc dari power supply terus ke solenoid.


Kelebihan menggunakan processor ialah anda mempunyai akses yang lebih mudah untuk mengawal timing on/off solenoid. Untuk program Blink ini, anda cuma perlu mengubah waiting time.





KURSUS - BASIC ARDUINO

Untuk artikel kali ini saya menggunakan bahasa rojak ya. Utamanya bahasa melayu dengan istilah2 teknikal dalam bahasa Inggeris sekiranya leb...