Ahad, 17 Ogos 2014

Saya dan Prepping

Saya dan prepping

Saya rasa secara semulajadinya,saya memang seorang yang suka bersiap sedia untuk apa-apa sahaja keadaan. Saya selalu memikirkan persediaan yang perlu saya ada dari segi material dan ilmu pengetahuan sebelum saya memulakan apa-apa langkah. Sebelum berjalan jauh, sayalah yang paling sibuk menyiapkan keperluan yang mesti di bawa bersama. Bahkan malam sebelumnya saya sudahpun menelaah peta dan maklumat tentang tempat yang hendak di tuju.

Semasa di sekolah rendah, saya pernah merasa tertarik apabila melihat seorang bapa saudara saya yang membawa first aid kit kecil di dalam beg sandangnya. Oleh kerana gagal membeli first aid kit kecil untuk diri sendiri, saya telah membuat sendiri kit itu dengan beberapa item asas seperti plaster, gauze, minyak kapak, minyak gamat dan kapas.

Pada masa yang sama, mini siri MacGuyver telah mencetuskan minat saya kepada multi-tool dan saya telah berusaha mendapatkan ‘pisau MacGuyver’ ini walaupun yang pertama yang saya miliki hanyalah buatan China berharga RM3.50 pada ketika itu. Sehinggalah saya berkerja, barulah saya berjaya mendapatkan pisau jenama Victorinox swiss army knife yang original. Along the way, saya tidak jemu-jemu menambahkan ilmu pengetahuan tentang survival skill melalui pelbagai sumber terutamanya pembacaan dan tidak ketinggalan juga daripada orang tua saya sendiri yang pernah mengharungi suka duka zaman penjajahan dan perang dunia ke-2.

Saya tidak pasti berapa ramai rakyat Malaysia yang berminat dan melaksanakan cara hidup seorang Prepper. Namun daripada blog dan group di Facebook,tidak dinafikan sudah ada beberapa individu di negara ini yang benar-benar serius sehingga ke tahap mengumpul stok makanan yang banyak di rumah, membina BOV ( Bug out vehicle – kenderaan untuk menyelamatkan diri atau keluar daripada kawasan bencana ) dan mencari BOL ( Bug out location ). Tidak kurang juga yang sudah mula menanam dan menternak untuk bekalan makanan sendiri.

Di Amerika, bilangan Prepper sudah mencecah ratusan ribu dan bertambah dengan kadar yang cepat. Rakyat Amerika boleh dikatakan lebih kehadapan  dalam hal ini tambahan lagi kerana kemudahan pemilikan senjata api di negara mereka. Ini adalah kerana salah satu cabang keperluan seorang Prepper ialah kemampuan dan keberkesanan dalam pertahanan diri dan keluarga. Ramai juga antara mereka yang telah membina rumah perlindungan ketika kecemasan yang terletak di bawah tanah dan di lokasi terpencil dengan kelengkapan yang sangat lengkap dan menelan belanja yang tinggi.




Bagi saya tahap-tahap persediaan seorang prepper boleh dibahagikan seperti berikut ;

    Projek Kecil

1.      EDC – Everyday carry : Peralatan paling asas yang dapat membantu seorang individu dalam menghadapi situasi genting.

2.      GHB – Get Home Bag : Peralatan di dalam satu beg yang dapat membantu seseorang untuk mencari dan memudahkan jalan pulang ke rumah jika berlaku sesuatu kemudaratan.

3.      BOB – Bug Out bag : Peralatan dalam satu beg yang dapat membantu kelangsungan hidup seseorang individu selama 72 jam di dalam kawasan bencana atau semasa keluar daripada kawasan bencana.

4.      INCH – I’m Never Coming Home : Peralatan dalam satu beg yang dapat membantu seorang individu untuk hidup di luar rumah atau daerah kerana rumah atau daerah asal mungkin tidak dapat menampung kehidupan lagi. Bekalan melebihi 72 jam mungkin tidak cukup untuk dimuatkan dalam satu beg. Lebih penting ialah peralatan yang boleh membantu anda menambahkan sumber minuman dan makanan selepas 72 jam contohnya water purifier atau filter, joran menangkap ikan atau peralatan memburu dan menangkap haiwan untuk di makan.

Projek Besar

1.      Mengumpul stok makanan di rumah bagi bekalan untuk sekeluarga bagi tempoh masa yang lama ( 6 bulan ke atas ).

2.      Menternak haiwan dan bercucuk tanam bagi menghasilkan makanan sendiri.

3.      Membina/membeli kenderaan BOV ( Bug Out Vehicle )

4.      Membina rumah perlindungan khas di kawasan BOL ( Bug out location ) atau di rumah sendiri di lokasi yang selamat daripada ancaman keselamatan seperti di bawah tanah atau di lokasi rahsia/terpencil.

  
Di samping itu, penting juga untuk mempunyai dan menambah ilmu pengetahuan dalam skil survival, bantuan kecemasan dan perlidungan, pertahanan diri di samping selalu peka dengan keadaan sekeliling termasuk antaranya amaran-amaran bencana alam yang sentiasa diberikan oleh badan-badan tertentu seperti JMM ( Jabatan Meteorologi  Malaysia ) dan pihak keselamatan.

Baiklah, sebagai perkongsian maklumat,  saya akan  tunjukkan EDC dan BOB saya di bawah. Ini adalah projek kecil  bagi diri sendiri. Untuk keluarga, saya masih dalam proses mengumpulkan stok makanan, ubat-ubatan dan peralatan lain. Namun setakat ini, stok saya hanya pada kadar yang boleh diangkut (mobile)  yang pada kiraan saya mampu bertahan untuk saya sekeluarga selama seminggu lebih. Ini adalah kerana ada satu soalan yang sering menghantui saya iaitu bagaimana jika saya terpaksa meninggalkan rumah, apa akan terjadi pada stok yang banyak dan tidak dapat di bawa bersama.

EDC saya ;



Terdiri daripada Victorinox Swiss Army Knife, First Aid kit dan Compact Survival kit yang  didalamnya ada fire starter & magnesium block, kompas, signaling mirror, wisel, tali, LED torch light.

Berikut pula ialah BOB  saya ;



Day Pack / Bag.


Knife/skinner/spearhead, foldable shovel, multitool ( Victorinox swiss army knife )


Parang



Space blanket, poncho, spare football socks


Sewing kit, rope, glue, pen, first aid kit, first aid guide,blood type card, notebook, insect repellent, compact survival kit.


Untuk kebersihan, ada dettol wet wipes, set berus gigi,pencukur dan pemotong kuku.


Pengurusan air minuman terdiri daripada botol air, bag air dan pil merawat air Aquatabs.


Pengurusan air minuman kedua, Sawyer mini water filter,boleh minum terus dari sumber


Hexamine cooker set, water resistant matches, mess tin, spoon/fork/knife set


MRE ( meal ready to eat ) rations untuk 3 hari atau lebih jika berpuasa.


Sleeping bag dan personal camp.

Tambahan kepada mess tin, saya sedang mencari shaker cup yang tahan lasak. Shaker cup ni penting jika nak bancuh air kopi 3 in 1 dengan air sejuk. Manakala tambahan kepada first aid kit  ialah ubat-ubatan seperti panadol ( demam/sakit ), ibu-profen ( demam/sakit/bengkak/kecederaan otot ), EES ( anti-biotik sakit tekak ), pil herba ubat batuk, magnesium tri-silicate ( gastric ), garam dehidrasi, amoxy-cillin ( anti biotic sakit/bengkak gigi/gusi ). Krim untuk rawatan kulit melecet atau kekeringan juga penting.

Sebenarnya, peralatan yang ditunjukkan di atas belum lengkap lagi. Saya masih merancang untuk menambah beberapa item lagi seperti satu persalinan pakaian, tali, jungle hat,canteen, penerima radio FM ( hand crank/solar radio ) ,tambahan lagi kepada ration,mungkin kurma, kismis,kekacang dan lain-lain lagi. Yang pastinya, saya harus mencari backpack yang lebih besar.

 Pada pendapat saya,  4 perkara asas yang paling penting sebagai panduan membina kelengkapan survival seperti BOB ini ialah ;

1.      Kit survival
2.      Kit perubatan
3.      Sejumlah makanan/ration
4.      Rancangan yang baik ( good plan )

Daripada keempat-empat di atas, perkara yang ke empat mesti juga dititikberatkan kerana, apalah gunanya jika anda mempunyai kelengkapan tetapi tidak tahu apa yang harus di buat dan ke mana yang harus di tuju.

Sebagai penutup, mungkin juga pada pandangan sesetengah orang, prepper ni paranoid. Tapi bagi saya ia adalah hobi yang sangat banyak faedahnya. Membawa BOB ketika mengembara atau melakukan sukan kegemaran saya ( mendaki bukit ) memberikan ketenangan dan keyakinan.

Update terkini 13 Nov 2021...

Saya telah scale down dari BOB kepada GHB (go home bag).


Terdiri daripada ;
1. Set kebersihan
2. Set ration ( utk makanan saya letakkan biskut tenaga Convair yang shelf lifenya sehingga 20 tahun ).
3. Set water purifier/filter
4. Set power dan emergency phone ( saya gunakan solar panel suaoki 25 watt dan mini basic phone utk backup sekiranya phone saya rosak/hilang).
5. Tarp, space blanket, tali
6. Pisau Morakniv companion spark.
7. Sedang mendapatkan first aid kit kecil dan usb rechargable mini torchlight

Semuanya di dalam satu drybag 20L. Strateginya ialah utk membantu saya survive dan pulang ke rumah jika terperangkap di mana2 oleh apa2.

Seperti biasa dgn moto "prepare for the worst, hope for the best". Semoga Allah Taala melindungi dan memudahkan segala urusan kita.

Check out this awsome EDC multitools from Victorinox ;




Looking for camping light complete with fan ? Check this out ;




Parang ini memang terbaik untuk kegunaan am dan aktiviti camping ;












12 ulasan:

  1. Salam.. Setiap barang tu kan ada expiry date dia. Tukar setiap tahun, ke? & apa ada dlm compact survival kit tu?
    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, yang mana ada expiry date kena tukar bila hampir sampai tarikhnya. didalamnya ada fire starter & magnesium block, kompas, signaling mirror, wisel, tali, LED torch light

      Padam
  2. Terima kasih bro. Sy akan lengkapkan lagi berang2 preppers saya. list ini dapat menbantu- Prepper Selangor

    BalasPadam
  3. Hello, nak tanya. Di Malaysia ni ada undang-undang senjata tak boleh bawa pisau yang lebih 3 inci melainkan dengan alasan yang kukuh. Kalau bawa parang tu mcm mana pula? Risau kena tahan polis.

    Nak tambah2 ilmu juga. Tq ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung pada tempat yang di tuju juga supaya boleh bagi alasan munasabah. sama2 :)

      Padam
  4. Sy simpan link tuan untuk rujukan akan datang, tfh menyiapkan prep utk kami sekeluarga

    BalasPadam
  5. Mungkin nanti tuan boleh kongsikan juga link/kedai di mana nak dapatkan barang-barang 'rare' bagi persediaan tuan ini. Baru nak berjinak-jinak.

    BalasPadam
  6. Macam mana ya boleh kuat bertahan dari 2014 hingga sekarang masih kental nak buat preparation? Saya on off tapi start 2019. Semoga terus sebarkan ilmu pengetahuan kepada semua

    BalasPadam

KEMUDAHAN ATAU KERINGANAN DALAM BERWUDUK

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II menyediakan Siri Video Pendidikan ini sebagai satu wadah atau wasilah kepada kakitangan hos...