Sensor / Penderia 2
Pos ini
adalah lanjutan bagi topic Sensor/Penderia dan akan menerangkan tentang jenis,
fungsi dan aplikasi sensor-sensor yang kerapkali digunakan di dalam mesin
automasi
Roller microswitch
Peranti ini ialah sensor mekanikal sepenuhnya. Menggunakan
konsep suis di mana keadaan atau sambungan diubah oleh sentuhan secara
mekanikal. Lihat gambarajah di bawah ;
*binaan sambungan tidak semestinya sama seperti yang
digambarkan di atas
Anak panah merah menunjukkan perubahan mekanikal ke atas
microswitch.
C=Common
NC=Normally Closed
NO=Normally Opened
Dengan perubahan kedudukan contacts begini, microswitch
dapat digunakan dalam aplikasi sebagai sensor. Antara aplikasi yang paling
banyak menggunakan microswitch ialah sebagai sensor keselamatan pada pintu atau
penutup bahagian mesin yang bergerak.
Optical Reflective Sensor
Optical Sensor atau dikenali juga sebagai photoelectric
sensor adalah sejenis sensor yang
menggunakan cahaya dengan menggabungkan pemancar cahaya biasa atau infra-merah
( LED ) dan penerima cahaya ( light receiver transistor ). Perkataan reflective
pula menerangkan carakerja sensor jenis ini di mana pemancar dan penerima
diletakkan bersebelahan antara satu sama lain dan menghadap sasaran. Pemancar
akan memancarkan cahaya ke arah sasaran manakala penerima akan menerima cahaya
yang dipantulkan oleh sasaran.Pada jarak tertentu bergantung pada sensitivity
yang telah ditetapkan, penerima akan menghasilkan perubahan voltan keluaran
yang digunakan sebagai isyarat untuk tindakan susulan oleh litar kawalan.
Gambarajah di atas di salin daripada laman web Panasonic
berkaitan sensor jenis photoelectric. Seperti
yang digambarkan ialah sensor jenis reflective.
Kebanyakkan sensor jenis ini mempunyai 3 sambungan wayar. Lihat gambarajah di bawah;
Kebanyakkan sensor jenis ini juga mempunyai suis untuk
memilih carakerja sensor sama ada ‘light-ON’ atau ‘dark-ON’.
Light ON : Sensor mengeluarkan isyarat ( voltan ) semasa
receiver menerima cahaya yang dipantulkan
daripada objek ataupun ketika objek hadir.
Dark ON : Sensor mengeluarkan isyarat ( voltan ) semasa
receiver tidak menerima cahaya yang
dipantulkan daripada object atau pun ketika objek tidak hadir.
Selain daripada itu terdapat juga cara sambungan yang
menentukan cara kerja sensor dengan litar kawalan. Sambungan-sambungan ini
dikenali sebagai NPN dan PNP.
PNP dan NPN adalah kaedah bagaimana keluaran daripada sensor
digunakan untuk memacu beban mengikut kesuaian sesebuah fungsi kawalan.
Maksudnya ialah ;
PNP : Beban menerima voltan apabila sensor tidak
mengeluarkan isyarat ( voltan ) keluaran
NPN : Beban menerima voltan apabila sensor mengeluarkan
isyarat keluaran.
Contoh ladder diagram untuk sambungan NPN dan PNP ;
NPN
Litar berfungsi di mana apabila sensor mengesan
target dan mengeluarkan isyarat voltan, Load iaitu Relay mendapat bekalan
voltan dan mengubah kedudukan contact NO kepada closed dan memberi bekalan
kepada buzzer untuk berbunyi.
PNP
Untuk fungsi yang sama bagi sambungan PNP, relay contact NC
terpaksa digunakan kerana Relay sentiasa ‘ON’ dan hanya OFF apabila sensor
mengeluarkan isyarat voltan
Optical Through Beam Sensor ( Optical Fork Sensor )
Gambar menunjukkan
sejenis optical-fork sensor. Kebiasaannya sensor jenis ini juga mempunyai 3 kabel
sambungan, lihat gambarajah di bawah ;
Yang membezakannya daripada Reflective Sensor ialah rekabentuk
dan carakerjanya. Dalam Fork Sensor, transmitter dan receiver diletakkan
menghadapi antara satu sama lain. Bermakna,dalam keadaan biasa, cahaya daripada
transmitter akan di terima terus oleh receiver. Perubahan keadaan hanya berlaku apabila cahaya
daripada pemancar di halang daripada di terima oleh penerima.
Untuk sensor jenis ini, kebiasaannya ia dipasangkan dengan
sensor flag yang di ikat bersama bahagian mekanikal yang bergerak atau sebaliknya.
Kebiasaannya juga sensor jenis ini digunakan sebagai sebahagian daripada fungsi untuk position
control.
Baiklah saya akan mengambil contoh bahagian mekanikal yang
digerakkan oleh sebuah motor yang dikenali sebagai servo motor. Servo motor ialah sejenis motor yang berada
di dalam keadaan ‘closed loop’ dengan litar pengawal. Bermakna, litar pengawal
boleh member arahan kepada servo motor untuk bergerak pada jarak tertentu
seperti yang diprogramkan dan pada masa yang sama maklumat pergerakkan motor
seperti jarak,arah dan kelajuan dihantar
kembali kepada litar penerima melalui sebuah sensor binaan khas yang dikenali
sebagai ‘Encoder’. Saya akan terangkan tentang encoder dan servo secara lebih
lanjut nanti,mungkin di akhir topic.
Sekarang kita kena kaitkan kembali dengan Optical Fork
Sensor, di mana fungsinya sensor ini di dalam system position control yang
dimaksudkan. Baiklah, fungsi Optical Fork sensor di dalam system ini dikenali
sebagai ‘mechanical home position sensor’.
Begini, untuk sebuah servo motor bergerak mengikut apa yang
telah diprogramkan, litar kawalan perlu mengetahui tentang posisi asal/mula.
Apabila satu mesin automasi kawalan motor disediakan untuk berfungsi, semua
bahagian mekanikal bermotor akan dikembalikan kepada kedudukan mula/asal iaitu
‘mekanikal home position’. Proses ini dikenali sebagai ‘initialisation’. Posisi
inilah yang ditandai dengan optical fork sensor. Lihat gambar di bawah ;
Contoh : Sensor pada printer ( X-Axis /horizontal movement)
Dari pandangan ini, apabila motor pulley berputar mengikut
jam, Optical Fork sensor yang di pasang bersama Printer’s Head akan bergerak ke
kanan. Sebaik sahaja Sensor Flag memasuki celahan antara transmitter dan
receiver serta menghalang cahaya daripada transmitter sampai ke receiver, motor
akan berhenti dan disitulah tempatnya yang dinamakan mekanikal home position.
Pergerakkan seterusnya printers head ialah mengikut data yang di terima di kira
daripada kedudukan ini.
Mengenali
masalah : Optical Fork Sensor
berkemungkinan mempunyai 2 masalah iaitu ;
1.
Tiada cahaya dipancarkan
daripada transmitter puncanya boleh jadi disebabkan kerana
-
Diod pemancar tidak
menerima bekalan kuasa atau
-
Diod pemancar rosak
Simptom yang boleh di lihat ialah
semasa proses initialization di mana motor langsung tidak bergerak kerana litar
pengawal menganggapkan yang Optical Fork Sensor sudahpun tertutup atau sudahpun
berada di posisi sensor flag. Apabila mula hendak melaksanakan tugas, error
akan berlaku kerana ketika motor hendak mula bergerak ke posisi yang telah
diprogramkan, litar kawalan mengesan yang Optical Fork Sensor masih tertutup.
2.
Transistor penerima
mengalami kerosakan/shorted dan menyebabkan sensor ( jenis sambungan NPN )
sentiasa mengeluarkan isyarat walaupun sensor sudah di blocked oleh sensor
flag.
Simptom yang boleh di lihat ialah semasa
proses initialization, sensor atau untuk kes ini printer head akan bergerak
terus hingga sampai ke limit mekanikalnya ( melanggar sisi badan printer )
sehinggakan halangan mekanikal tadi menyebabkan motor mengalami over current
dan litar pengawal memberhentikan proses dan memberikan error message ( ‘fail to
initialize’, ‘motor over current’ dan seumpamanya ).
Baiklah, daripada contoh masalah yang diterangkan, dapat tak anda bayangkan masalah yang mungkin timbul jika berlaku kerosakan pada sensor optik jenis reflective ?
Baiklah, daripada contoh masalah yang diterangkan, dapat tak anda bayangkan masalah yang mungkin timbul jika berlaku kerosakan pada sensor optik jenis reflective ?
Contoh lain bagi
sensor Through Beam ialah sensor yang dikenali sebagai ‘Light Curtain’. Sensor
ini digunakan bagi tujuan keselamatan untuk mengesan kemasukan
bahagian-bahagian anggota badan operator mesin ke dalam mesin yang merbahaya
yang melibatkan proses stamping, cutting,turning dan seumpamanya.
Saya rasa, saya akan menyambung topik sensor ini di pos yang lain supaya pos ini tidak menjadi terlalu panjang. Jadi sila tunggu pos seterusnya untuk penerangan tentang sensor proximity, displacement dan mungkin juga tentang thermocouple.
Jika ada penambahan,pembetulan atau apa2 soalan sila letak di ruang komen. Saya terbuka untuk apa2 feedback demi tujuan perkongsian ilmu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan