Rabu, 16 November 2016

Pengalaman : Urusan2 berkaitan tuntutan Insuran dan pembaikan kereta selepas kemalangan

Pada 6 Oktober 2016 yang lepas, saya telah terlibat dengan kemalangan jalanraya melibatkan kereta yang di pandu saya dengan sebuah kereta lain. Saya bersyukur kerana kemalangan itu berlaku...

1. Bukan kerana salah saya
2. Semasa saya memandu sendirian
3. Ketika saya bukan dalam kecemasan
4. Melibatkan kerosakan yang tidak terlalu teruk. malah kereta saya masih boleh di pandu walaupun dah tak lawa rupanya.....huhu
5. Tidak melibatkan kecederaan mana-mana pihak

Berkenaan tempat berlakunya kemalangan pula sebenarnya saya sudah 2 kali hampir eksiden di simpang 4 tersebut gara-gara pemandu yang datang dari persimpangan kiri/kanan yang tidak mahu berhenti. Saya pun tidak pasti apa sebabnya, mungkin kurang perihatin atau beso kepale kata orang Perak atau ada unsur-unsur "conjuring" walaupun jelas ada garisan dan papan tanda berhenti. Menurut seorang penduduk yang tinggal berhampiran tempat kejadian sebelum ini sudah banyak berlaku kemalangan di situ termasuk yang melibatkan dua kematian.

Di bawah adalah foto lokasi simpang empat yang dimaksudkan. Diharapkan pengguna-pengguna jalanraya yang kerap melalui jalan ini supaya berhati-hatilah. Dalam foto ini dengan wide angle view memang nampak macam simpang yang luas dan clear view dari pelbagai arah. Namun sebenarnya, simpang kanan dan kiri agak terlindung.


Kronologi kemalangan

Sudah ditakdirkan, saya yang memang selalu berhati-hati di jalanraya, memandu melalui Persiaran Pasir Putih untuk menuju ke Jalan Pasir Putih pada hari itu lebih laju dari biasa seolah-olah lupa tentang simpang merbahaya ini. Apabila tiba di simpang tersebut, tiba-tiba sebuah kereta Audi Putih terus melintas dari kiri tanpa berhenti atau memperlahan kenderaannya. Akibat kereta yang tiba2 muncul di depan saya itu, saya tidak mempunyai pilihan dan tidak dapat mengelak lagi terus menekan emergency brake dan menekan horn.

Kereta Audi tersebut juga membrek dan berhenti namun perlanggaran sudah tidak dapat dielakkan tambahan lagi dia berhenti betul2 di laluan saya. Walaupun tayar kereta saya sudah mengunci, kereta saya tetap terseret ke arah kereta audi tersebut dan BUM !!

Innalillahiwa inna ilaihiroji un.....dengan rasa agak marah dan kecewa kerana kesalahan pemandu audi yang menyebabkan kemalangan ini saya terus keluar kereta untuk melihat kerosakan. Disebelah tempat duduk pemandu audi, keluar seorang nyonya yang merah padam mukanya. Pemandu kereta audi seorang pemuda cina yang berumur 21 tahun masih tidak keluar.

You kena berhenti maaaaa !!!!! ....itu ayat pertama dari saya. Terketar-ketar nyonya tu jawab memberitahu yang anaknya tidak biasa dengan jalan di sini. Apakan daya, benda dah terjadi, nak marah2 pun tak guna juga, cukuplah saya tunjukkan rasa kecewa saya dan cukuplah bagi saya bila pihak sana dah menunjukkan rasa bersalah. Kami semua yang terlibat kemalangan ni terus sahaja mengambil gambar dan mengubah kereta ke tepi jalan.

Melihatkan kereta agak mahal yang saya langgar, saya mengharapkan nyonya tersebut akan boleh settlekan tanpa melibatkan urusan claim insuran dan sebagainya kerana walaupun tiada pengalaman saya sudah boleh mengagak akan kesusahan urusan yang perlu dihadapi. Namun nyonya tersebut memilih untuk buat claim insuran kerana takut melibatkan kos yang mahal terutama sekali apabila melihat kereta audinya ada kebororan air dari bahagian enjin.

Jadi bermulalah urusan untuk membaiki kereta dan membuat tuntutan insuran. Jadi bagi pihak saya yang tidak bersalah, saya kongsikan di bawah langkah-langkah yang perlu di ambil sebagai catatan untuk diri saya sendiri dan panduan untuk orang lain, jika boleh dimanfaatkan .....

Sejurus selepas berlaku kemalangan ;

1. Ambil gambar
a) Situasi kemalangan
b) Kereta anda
c) Kereta pihak satu lagi termasuk no plet

2. Pastikan ada maklumat
a) No plet kereta pihak satu lagi
b)Waktu berlaku kemalangan
c) Lokasi kemalangan seperti nama jalan yang tepat
d) Maklumat pemandu kereta satu lagi spt nama, no telefon dan kad pengenalan jika boleh just incase

3. Lihat lebih lanjut situasi kereta anda. Adakah masih boleh di pandu atau tidak. Jika tidak, terpaksalah anda mencari trak penarik pula untuk di bawa ke balai polis ( ya balai polis dulu bukan terus ke bengkel ). Berkenaan untuk mendapatkan trak penarik, saya belum lagi mempunyai pengalaman ( kalau boleh tak nak ada pengalaman ini.. ) jadi tak dapat saya hendak beri apa2 panduan di sini.

Di balai polis

Sampai di balai polis trafik, terus ambil no giliran untuk membuat laporan. Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu dan maklumat seperti di no. 2

Pegawai polis yang mengambil laporan daripada anda akan membantu anda dalam membuat ayat-ayat penceritaan yang diperlukan.

Sejurus selepas itu, anda akan diberikan no. laporan dan akan di minta untuk terus berjumpa dengan pegawai penyiasat kemalangan. Bersama pegawai penyiasat ini, anda akan ditanya lebih detail lagi dan pegawai berkenaan akan membuat lakaran serta keputusan siapa pihak yang bersalah di dalam kemalangan ini. Pada masa yang sama, pegawai penyiasat akan mengarahkan sesi fotografi untuk kereta2 yang terlibat, ini di uruskan oleh jurufoto pihak polis.

Selepas selesai sesi bersama pegawai penyiasat, anda perlu membuat permohonan untuk mendapatkan laporan lengkap daripada pihak polis. Laporan lengkap ini terdiri daripada beberapa dokumen seperti di bawah. Semua dokumen2 ini hanya boleh di ambil selepas 10 hari daripada tarikh laporan di buat ( kecuali laporan oleh anda sendiri ) dan ianya bukan percuma ya....

- Laporan kemalangan oleh anda

- Laporan kemalangan oleh pihak satu lagi



- Lakaran lokasi kemalangan

- Foto-foto kereta yang terlibat dengan kemalangan


- Surat keputusan tentang pihak yang bersalah



Last but not least, jumlah yang anda perlu bayar...

RM28.00

Setelah  mendapatkan semua dokumen ini, sebelum ke bengkel, anda perlu ada beberapa maklumat dan dokumen lagi iaitu ;

- Laporan maklumat penuh kenderaan pihak satu lagi yang turut mengandungi butir2 insuran dan cukai jalan. Laporan ini mesti diperolehi daripada pihak JPJ dengan bayaran RM10.

Resit bayaran untuk mendapatkan maklumat
..alamak terbalik la pulak, sori ye..

- Disebabkan ketika pembaharuan cukai jalan yang terbaru ini pihak JPJ tidak lagi mencetak di atas geran, pastikan anda menyimpan resit daripada JPJ ketika urusan pembaharuan cukai jalan kereta anda. Resit ini juga diperlukan.

AKHIRNYA, bersama2 dokumen daripada pihak polis dan JPJ ini, barulah anda boleh membawa kereta anda ke bengkel untuk urusan seterusnya ( Ini bagi kes kereta yang tidak teruk kerosakannya dan masih boleh digunakan, jika tidak kereta anda pastinya akan terus dihantar ke bengkel sejurus selepas selesai urusan di balai polis tempohari).

Dibengkel, anda cuma perlu menyerahkan dokumen2 di atas dan pihak bengkel akan membuat fotokopi geran dan covernote/polisi insuran anda ( kena bawa bersama ). Pihak bengkel akan menerangkan tentang proses yang akan berjalan serba ringkas dan anda akan diminta menandatangani borang untuk membuat tuntutan insuran.

Disebabkan umur kereta saya baru 4 tahun, saya mengambil keputusan untuk menghantar kereta untuk dibaiki di bengkel/pusat servis perodua. Di bawah saya updatekan dari masa ke semasa perkembangannya.....

STATUS URUSAN PEMBAIKAN KERETA DI PERODUA JALAN LAHAT IPOH ;
(Akan di kemaskini dari masa ke semasa) 

6 Oct 2016
- Tarikh kemalangan dan repot polis di buat

24 Oct 2016
- Tarikh menghantar kereta ke Perodua Jalan lahat Ipoh

31 Oct 2016 (seminggu lepas hantar kereta)                          
- Masih dalam proses estimation

17 Nov 2016                                                                                      
- Pihak adjuster insuran pun belum dtg verify lagi. Katanya esok atau lusa.
- Diberitahu yang anggaran kereta siap pada penghujung Disember 2016 

18 Nov 2016
- Dapat mesej daripada pihak Etika (Insuran saya) seperti berikut ...

Jadi saya pun terus menghubungi pihak Perodua untuk kepastian tentang prosedur tuntutan, dan berikut adalah screenshot conversationnya...






21 Nov 2016
- Hari ini saya saja masuk ke laman web Etika untuk melihat status tuntutan dan ini statusnya seperti  yang dipaparkan...

28 Nov 2016
- Dapat mesej daripada Etika mengatakan yang tuntutan dah lulus. Alhamdulillah




9 Disember 2016
- Saja nak check status dengan Perodua, apa cerita kereta saya....ini statusnya seperti yang diberitahu

19 Disember 2016
- Selepas 10 hari, saya cuba dapatkan status semasa kereta saya, dan berikut adalah conversation yang direkodkan.....





.....daripada maklumat di atas, saya boleh simpulkan bahawa ;

1. Kereta saya masih menunggu proses untuk dibaiki selepas sebulan tuntutan insuran diluluskanKī.
2. Kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik pihak Perodua
3. Banyak kes kemalangan yang dihantar ke pusat servis Perodua Jalan Lahat ni menyebabkan tempoh menunggu giliran menjadi teramat lama, sedangkan proses pembaikan hanya akan mengambil masa seminggu sahaja.
4. Tuntutan gantirugi loss of use boleh di buat dengan kadar RM30 sehari.... yg ni boleh bagi senyum sikit.

Saya telah mesej Mr.Boo dan berharap akan dapat feedback pada esok hari 20 Dec 2016. Harap sangat kereta saya boleh siap sebelum buka sekolah, jika tidak saya akan menghadapi masalah mengambil/menghantar anak ke sekolah kerana jadual kerja juga agak padat semester ini.

20 December 2016
 - Saya telah menghantar mesej kepada MrBoo sejak semalam dan juga hari ini dengan harapan untuk mendapatkan feedback daripada beliau. Namun menyedihkan, tiada apa-apa maklumat mahupun maklum balas yang saya terima sehingga petang...

         
Pihak pengurusan Perodua sudah menunjukkan yang kes kelewatan pembaikan kereta saya di luar kawalan mereka dan mencadangkan saya menghubungi sendiri kontraktor. Pihak kontraktor pula setakat ini tidak memberikan kerjasama yang baik walaupun hanya maklum balas sahaja yang di minta.           

21 Disember 2016

- Alhamdulillah akhirnya pada sebelah petang hari 21/12/16, saya mendapat mesej whatsapp daripada En. Zubair Perodua yang mengatakan bahawa kereta saya sudahpun masuk ke bengkel untuk proses pembaikan. Disebabkan saya ni memang jenis mudah memaafkan, saya tak jadilah nak ke Perodua untuk bagi pressure pada mereka yang berkenaan. saya pegang sahaja kata-kata pihak Perodua bahawa proses pembaikan hanya akan mengambil masa satu minggu. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

23 Disember 2016

- Dapat mesej daripada En. Zubair Perodua memaklumkan tentang perkembangan positif proses pembaikan kereta saya di mana status semasa kereta saya ialah dalam proses mengecat.

24 Disember 2016

- Alhamdulillah dapat berita gembira hari ini ....... 

Syukur Alhamdulillah nampaknya penantian saya bakal berakhir tidak lama lagi semoga dipermudahkan segalanya dengan hasil akhir yang memuaskan hati, Insha Allah.
                                                                                      

27 Disember 2016

- Pukul 4pm, akhirnya kereta viva saya telah kembali di atas jalanraya. Alhamdulillah, dari pandangan mata, hasil amat kemas dan memuaskan. Ada gerenti 6 bulan kata pihak perodua.

Setelah balik ke rumah dan dalam masa 2 hari saya perasan ada 2 perkara yang perlu diperbetulkan iaitu pertama, bonet tidak betul2 ketat dan ada free play sikit walaupun tertutup rapat dan kedua ialah buzzer semasa mengunci dan membuka kunci tidak berbunyi.

30 Disember 2016

- Bawa kereta ke Perodua semula. Pegawai Perodua En. Zubair menerima aduan saya dengan baik dan membawa kereta ke bengkel untuk diperbetulkan. Sampai di bengkel, penerimaan pihak kontraktor pembaikan kereta bagi saya kurang memuaskan. Saya detailkan apa yang berlaku di bawah ;

1. Bonet tidak ketat dan ada free play. Rootcause setelah diperiksa ialah kunci lama yang diguna semula tidak menarik bonet serapat yang mungkin. memandangkan saya juga orang teknikal dan hands on, saya buat perbandingan cara kerja yang saya akan laksanakan dengan carakerja yang telah di buat oleh kontraktor pembaikan perodua.

Jika saya yang membaiki, saya akan unclip bumper dan melonggarkan screw pengikat kunci kemudian melaraskan kedudukan kunci kepada posisi yang sepatutnya.

Namun apa yang berlaku ialah, kontraktor perodua tidak unclip bumper. Disebabkan itu, spanar tidak dapat digunakan untuk melonggarkan screw pengikat kunci kerana tiada ruang untuk memusing spanar. Jadi beliau mengambil jalan short-cut dengan mengetuk kunci supaya kedudukannya beralih ke bawah sedikit.

Hasilnya ok, bumper sudah ketat semula tetapi caranya amat tidak kena dan kasar dengan air muka yang kurang mesra, di buat di depan customer pulak tu.

2. Buzzer lock/unlock tidak berbunyi. En Zubair merujuk kepada individu yang lain pula yang saya rasa mungkin bertanggungjawab dalam hal2 berkaitan elektrikal/elektronik kereta. Buzzer berkenaan masih berbunyi walaupun selepas kemalangan dan hanya bermasalah selepas kereta dibaiki, itu saya pasti.

Komen kontraktor perodua ialah, buzzer mungkin terkena air semasa proses membaiki kereta dan mungkin juga selepas berlaku kemalangan kerana bonet saya juga sedikit kemek jadi dengan confident mengatakan yang memang buzzer itu sendiri yang mengalami kerosakan.

Namun jika saya ialah kontraktor tersebut saya akan menggunakan multimeter untuk double confirm yang voltage supply ada masuk ke buzzer dan confirmed yang buzzer itu rosak, bukannya teka2 begitu sahaja.

Namun disebabkan nilai buzzer 12V yang saya tahu harganya tidak sampai RM10 itu, saya tak mahulah memanjangkan cerita, biarlah saya repair sendiri je. Kalau nak tahu, kos pemasangan buzzer itu di pusat servis perodua ialah RM51 kira2 tiga tahun yang lepas.

Untuk hari ini, kes saya ni belum boleh dianggap tutup lagi kerana ada satu lagi perkara yang pending iaitu tuntutan lost of use. Untuk tujuan ini, saya perlu tunggu pihak perodua menyediakan dokumen dan laporan tertentu sebelum boleh proceed.

6 Jan 2017
- Saya telahpun mendapatkan dokumen2 yang diperlukan bagi urusan tuntutan lost of use. Semua dokumen ini saya perlu hantar sendiri ke pejabat insuran berkenaan.
Maka selesailah urusan saya dengan pihak perodua dan kini hanya tinggal satu perkara iaitu antara saya dengan insuran pihak sana berkaitan tuntutan lost of use ini.

Jadi anda boleh cuba bayangkan sendiri pengalaman yang saya hadapi sepanjang bermulanya ditimpa kemalangan sehinggalah kereta siap dibaiki.

Kesimpulannya urusan pembaikan kereta dan tuntutan insuran selepas kemalangan ini memang satu proses yang panjang dan agak menyusahkan walaupun ianya berlaku bukan kerana salah anda sendiri, apatah lagi jika kemalangan yang berlaku agak teruk akibat kesalahan sendiri dan melibatkan kerosakan yang besar, kecederaan atau kematian.

Oleh itu sama-sama lah kita berhati-hati dan bertimbang rasa semasa di jalanraya. Janganlah hendaknya kerana kecuaian dan kelalaian kita menyusahkan dan memberi penderitaan pada orang lain ataupun diri sendiri.

Terima kasih kepada ;

1. Sjn Rosli , Balai Polis Trafik Ipoh
2. En. Zubair , Perodua Jalan Lahat Ipoh
3. En. Zuki , Perodua Jalan Lahat Ipoh
4. Etika Takaful
5. Mr. Boo, Kontraktor Perodua
6. Semua yang terlibat dalam proses pembaikan kereta saya.

 

Dash Cam terbaik ini mesti anda dapatkan ;









5 ulasan:

  1. Lamanya proses....

    BalasPadam
  2. memang rumit kan prosesnya kalau dah exciden ni...


    Berkongsi pengalaman ketika suami kemalangan dan retak tulang kaki

    BalasPadam
  3. Terima kasih penulis blog sudi berkongsi pengalaman. Kes saya pun mcm ni juga kereta bawah 5 tahun eksiden calar sikit je. Rasanya lebih baik hantar sendiri ke mana2 bengkel dari kesusahan tiada kereta. Ikutkan hati tak ingin nak langgan isuran. Menyusahkan dan rumit.

    BalasPadam
  4. walaupun blog nie lama sampai ke hari nie berguna lagi. Mekasih penulis blog. Saya hnya kemalangan dgn babi pun abis NCD huuu huuu.

    BalasPadam

KURSUS - BASIC ARDUINO

Untuk artikel kali ini saya menggunakan bahasa rojak ya. Utamanya bahasa melayu dengan istilah2 teknikal dalam bahasa Inggeris sekiranya leb...