Memaparkan catatan dengan label boilerman gred 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boilerman gred 2. Papar semua catatan

Selasa, 8 September 2026

Buku Rujukan Boilerman Gred 2

Pada tahun 2014, saya telah menulis satu blog post yang bertajuk ' Nota Rujukan - Boilerman Gred 2 '. 

Post itu telah di baca oleh lebih 130,000 orang dan mendapat respon/komen/soalan daripada lebih 70 orang. Alhamdulillah, ramai bakal-bakal Boilerman telah mendapat manfaat daripada maklumat yang dikongsikan.

Beberapa tahun telah berlalu dan terdapat banyak perubahan terutama sekali dari segi Akta dan undang-undang yang berkaitan. Pada tahun 2027 juga nanti pertama kali pihak JKKP menetapkan bahawa semua Boilerman di dalam sektor awam perlu memperbaharui lesen mereka. Saya sendiri adalah pekerja di sektor awam yang memegang lesen Boilerman Gred 2 sejak 2012. Sebelum ini, di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, sijil kekompetenan boilerman (buku fizikal) dikeluarkan tanpa tarikh luput (sah seumur hidup). Namun, bermula 1 Jun 2024, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) telah menguatkuasakan syarat baharu yang mewajibkan semua orang kompeten memperbaharui lesen secara berkala. 

Di bawah undang-undang terbaharu Malaysia iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dipinda, frekuensi untuk memperbaharui lesen boilerman (Operator Dandang Stim) sama ada di sektor swasta mahupun awam adalah setiap 3 tahun sekali. (https://dosh.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/Garis-Panduan-Pendaftaran-Dan-Pembaharuan-Pendaftaran-Orang-Kompeten-2024.pdf)

Memandangkan telah ada banyak perubahan seperti yang disebut di atas, saya telah cuba mengumpulkan semua maklumat berkaitan dan membukukannya di dalam sebuah e-book yang saya jual dengan harga yang sangat berpatutan di Google Play. Link seperti di bawah ;

https://play.google.com/store/books/details/Rosedi_Che_Rose_BOILERMAN_GRED_2?id=zFwIEgAAQBAJ


PRAKATA

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku Peperiksaan Lisan Boilerman Gred 2 ini akhirnya dapat disiapkan.

 

Buku ini dihasilkan dengan tujuan membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan lisan Boilerman Gred 2, di samping menjadi bahan rujukan kepada operator dandang, jurutera, tenaga pengajar, pelajar TVET serta sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang pengendalian dandang stim.

 

Kandungan buku ini disusun berdasarkan silibus dan topik yang lazim ditanya dalam peperiksaan lisan, digabungkan dengan pengalaman industri, amalan sebenar di tempat kerja, keperluan keselamatan, serta rujukan kepada undang-undang dan piawaian yang berkaitan. Penjelasan diberikan dalam bahasa yang mudah difahami supaya pembaca bukan sahaja mampu menghafal jawapan, malah memahami konsep serta sebab di sebalik setiap prosedur yang diamalkan.

 

Bidang pengendalian dandang merupakan satu bidang yang memerlukan tahap disiplin, pengetahuan dan tanggungjawab yang tinggi. Kesilapan kecil boleh membawa kepada kemalangan yang serius serta mengancam nyawa dan harta benda. Oleh itu, setiap orang kompeten hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi kehendak undang-undang, mengamalkan prosedur operasi yang betul serta tidak berhenti menimba ilmu sepanjang kerjaya mereka.

 

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan, penulis mengakui bahawa peraturan, piawaian dan teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh itu, pembaca disarankan supaya sentiasa merujuk kepada akta, peraturan, garis panduan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), kod ASME, manual pengeluar serta dokumen rasmi yang terkini sebagai rujukan utama.

Penulis berharap buku ini dapat menjadi teman ulang kaji yang bermanfaat, membantu meningkatkan keyakinan calon menghadapi peperiksaan lisan, seterusnya melahirkan lebih ramai Boilerman yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti dan sentiasa mengutamakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

 

Akhir kata, semoga segala usaha kecil ini memberi manfaat kepada semua pembaca dan menjadi satu amal jariah yang berterusan.

 

Tc. Rosedi che Rose



Selasa, 22 April 2014

Nota Rujukan - Boilerman Gred 2


Kemaskini, 9 Sep 2026

Saya telah mengumpul dan mengemaskini maklumat terkini termasuk Akta-akta yang telah dimansuhkan dan Akta-akta / undang-undang baru yang berkaitan dan membukukan di dalam sebuah e-book. Maklumat lanjut di blog post terbaru saya, link seperti berikut ;

https://rosedicherose1973.blogspot.com/2026/09/buku-rujukan-boilerman-gred-2.html


Peperiksaan Lisan Boilerman Gred 2


Nota ini adalah sebagai panduan kepada mereka yang baru menceburi bidang pekerjaan sebagai Penjaga dandang Stim atau pun lebih dikenali sebagai ‘Boilerman’. Boleh juga dijadikan nota rujukan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan lisan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai Boilerman Gred 2 daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).



Umum
Steam Boiler ataupun dalam bahasa melayunya Dandang Stim adalah satu alat bagi menghasilkan tenaga yang biasa digunakan di stesen janakuasa dan industri. Secara umumnya, stim bertekanan tinggi yang dihasilkan di dalam dandang ( di mana air didihkan ) disalurkan kepada turbin yang akan memacu penjana bagi menghasilkan pula tenaga elektrik.
Air di dalam dandang dipanaskan menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang menggunakan bahan api biasa seperti diesel dan arang batu. Ada juga yang menggunakan hasil buangan dan sisa industry contohnya seperti pelepah daun kelapa sawit ( di kilang penapisan/pemprosesan minyak kelapa sawit ) dan batang/hampas tebu ( di kilang gula ). Di stesen janakuasa nuklear, haba daripada tindak balas nuklear terkawal ( control fusion ) digunakan untuk memanaskan air.
Semuanya berbalik kepada satu tujuan iaitu menghasilkan stim yang bertekanan tinggi untuk memacu penjana elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan akan diaplikasikan dalam pelbagai kegunaan contohnya seperti bekalan elektrik untuk orang awam dan industri.





Gambarajah di bawah menunjukkan operasi dandang bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Perhatikan kitaran stim, bagaimana stim digunakan untuk memacu Turbin Stim( Steam Turbine ) dan kemudiannya di kitar semula.

Jurudandang ( Boilerman )
Jurudandang dikenali sebagai Drebar Enjin Setim di dalam sektor awam. Manakala di sektor swasta ataupun kilang ia lebih dikenali sebagai Boilerman. Tugas seorang Boilerman ialah mengoperasikan sebuah dandang stim. Tanpa seorang Boilerman, sesebuah dandang tidak dapat beroperasi atau lebih tepat lagi tidak dibenarkan beroperasi. Boilerman adalah pekerja berkemahiran yang diperakui kebolehannya bagi mengoperasikan sesebuah dandang stim dengan selamat.
Keperluan Boilerman bagi menjaga dandang stim dinyatakan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 Seksyen 29 yang menyatakan bahawa pengendalian jentera tertentu perlu kepada kakitangan yang kompeten. ‘Kompetensi’ kakitangan ini diperakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Tedapat dua tahap kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak JKKP bagi Boilerman iaitu Gred 1 dan Gred 2. Seseorang yang melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan bolehlah memohon untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai ‘ Drebar Enjin Gred Dua bagi Setim & Dandang Setim’ ataupun Boilerman Gred 2 terlebih dahulu.


Peperiksaan / Ujian lisan untuk Boilerman Gred 2
Peperiksaan lisan untuk mendapatkan Perakuan Kebolehan sebagai ‘ Drebar Enjin Gred Dua bagi Setim & Dandang Setim’ ataupun Boilerman Gred 2, merangkumi pengetahuan dan kemahiran sekitar operasi dandang, langkah-langkah keselamatan dan undang-undang yang berkaitan. Perakuan kebolehan ini terhad kepada dandang yang mempunyai permukaan memanas ( heating surface ) sehingga 500 kaki persegi sahaja.
Syarat bagi menduduki peperiksaan ini ialah telah berkerja sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai pembantu Boilerman. Bagi menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kompetensi Boilerman Gred 1 pula syaratnya mestilah telah bekerja sebagai Boilerman Gred 2 sekurang-kurangnya selama 18 bulan.

NOTA PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN ORAL BOILERMAN GRED 2
 *Nota persediaan ini di tulis berdasarkan maklumat dandang yang dioperasikan oleh saya iaitu FULTON 10E tiub api yang digunakan untuk tujuan ujikaji di sebuah institusi pengajian tinggi awam dan juga sumber umum yang berkaitan.
Gambar/gambarajah yang disertakan adalah untuk menambah kefahaman, tidak perlu ditunjukkan semasa peperiksaan oral berjalan.

 Definasi Dandang Stim ;
“ IALAH SATU BEKAS TERTUTUP DI MANA DIDALAMNYA MENGANDUNGI MEDIA          ( AIR ) YG DIPANASKAN OLEH SUATU BAHANAPI UTK MENGHASILKAN STIM  YG TEKANANNYA LEBIH TINGGI DRP TEKANAN UDARAKASA. “Termasuk juga mana2 pemanas air ( economiser ) dan pemanas stim ( super heater ).


Gambarajah skematik dandang tiub air ini di salin daripada buku ‘Steam Power Stations’ oleh Gustaf Gaffert 1940.
Perhatikan kedudukan Economiser dan Super Heater.

  
1. Jenis dandang stim di bawah jagaan saya ( maklumat boiler di bawah jagaan semasa )
 Contoh maklumat yang boleh di beri ;
Nama : FULTON 10E, tiub api
Gambar Boiler Fulton 10E, di salin daripada manual pembuat.



No. Boiler : B524
Saiz : 10 HP
Keupayaan : 160 kg/j pada 100 darjah selsius
TKS-Tekanan Kerja Selamat (ASWP-Authorised Safe Working Pressure) : 8.6 bar / 125 psi
Luas permukaan pemanas : 2.79 meter persegi / 30 kaki persegi
Tekanan hidrostatik : 17.2 bar / 250 psi
Kapasiti air : 86 liter
Kegunaan utama boiler dibawah jagaan saya ialah bagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan dilengkapi beberapa apparatus bagi tujuan ujikaji.

2. Jenis dandang lain yg sy tahu ialah dandang tiub air. Perbezaan antara kedua-dua jenis dandang ini bergantung pada kedudukan air tersebut dimana dandang tiub air dimana air berada didalam tiub dan untuk tiub api , air berada diluar tiub. Gambarajah di bawah boleh memberikan penerangan secara visual ;

  Fire Tube Boiler ( Sumber : Wikipedia )

3. Kelebihan fire tube boiler 
a) Bersaiz kecil
b) Tidak memerlukan boiler room yg besar
c) Mudah alih
d) Tiub mudah dibersihkan (lurus)
e) Murah

    Water Tube Boiler ( Sumber : Wikipedia )


4. Kelebihan water tube boiler
a) Mengeluarkan stim yg byk
b) Tekanan tinggi utk jlnkan jentera
c) Lebih selamat - drum tidak kena api
d) Mudah masuk utk pemeriksaan ( bersaiz besar )
e) Cepat dapat stim, kecekapan tinggi

5. Bhg2 penting fire tube boiler ialah
a) Furnace - tempat pembakaran
b) Shell - dinding dandang
c) Burner - pembakar
d) Tube - tiub


6. Bhg2 penting water tube boiler ialah

a) ID fan - induced draft fan, udara
b) FD fan - forced draft fan, gas/asap pembakaran
c) Mud drum dan Steam drum
d) Header - small 'water drums'/'tube end'
 e) Baffle - gas guide...halangan/guide plate
f) Soot blower - blow out carbon in furnace


7) Keperluan org menjaga bagi dandang stim di bawah peraturan2 kilang dan jentera 1970
 


8) Jenis dandang yg tidak memerlukan penjaga dgn perakuan kelayakan ;

a)Elektrod boiler
b)Steam tube oven
c)Autoclave ( alat pembersih/penyahkuman untuk peralatan yang digunakan di hospital )
d)Boilers where steam is retained internally

9)  Peraturan peraturan tukar shift ;

a)Lengkapkan buku log boiler dan tunggu boilerman baru dtg
b)Boilerman baru dtg semak buku log dan baca dgn teliti sebarang masalah/kerosakan yg berlaku.
C) Boilerman yg baru masuk juga mesti memeriksa keadaan boiler beroperasi dgn baik, tiada kebocoran, pepasangan mustahak berfungsi dgn baik dll.

10)  Misconduct, salah laku
a) Mabuk
b) Tidur
c) Meninggalkan boiler tanpa pengganti
d) Tidak melaporkan kejadian berbahaya/kroskn
e) Menyebabkan kerosakan kerana lalai


11) Pemilik kilang yg hendak mengimport boiler terpakai drpd luar negara perlu membuat ;
a) Permohonan kelulusan rekabentuk dgn mengemukakan 3 salinan lukisan dan perkiraan mengikut kod2 yg diiktiraf
b) Laporan pemeriksaan badan berkuasa yg terakhir


12)  PEPASANGAN/FITTINGS WAJIB - 13

a) Safety valve

b) Pressure gauge

c) Inspector gauge attachment ( connected in parallel with the pressure gauge )

d)MSV ( Main Stop Valve )- steam outlet

e)Water gauge

f) Water feed pump

g) Water check valves ( one way valve )

h) Low water alarm ( work with level electrodes inside the water column )

i) Low water fuel cut off ( work with level electrodes inside the water column and boiler )

j) Fusible plug

k) Name plate

l) Registration plate

m) Blow down valve

Penerangan tambahan 13 pepasangan wajib 


13) Fungsi safety valve ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn cara mengeluarkan tekanan berlebihan dalam steam drum, dgn perkataan lain mengawal tekanan supaya tidak melebihi TKS yg dibenarkan.

14) Bahagian2 penting safety valve ialah ,

a) Seat disc - membuka/menutuplaluan stim
b) Shaft/spindle - menekan/sambung pada seat, tekanan di beri oleh spring
c) Spring
d) Body/housing
e) Adjusting screw
f) Lock screw
g) Test lever


1    
16) Antara kerosakan yg boleh berlaku pd safety valve ialah apabila valve melekat pada seatnya. Ini disebbkan oleh ;
a) valve seat kotor, berkarat
b) spring tidak berfungsi dgn baik

17) Fungsi Fusible plug ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn memberi amaran dgn membebaskan stim apabila air berkurangan. Fusible plug akan cair apabila air sudah jatuh daripada paras fusible plug.

18) Fusible plug biasanya dipasang pada bhg paling atas ruang pembakaran dalam dandang tiub air dan pada tahap air paling minima diperlukan dlm dandang tiub api.

19) Pressure gauge akan memberikan bacaan tekanan stim di dalam dandang.

20) Kedudukan pressure gauge ialah pada bhg atas steam drum,mempunyai saiz muka yang sesuai dan mudah di lihat serta di baca dari tempat boilerman berada.

21) Jika TKS ialah 250 psi, maka sukatan bacaan maksima pressure gauge yg dibenarkan ialah 250 psi.

22) Water gauge akan memberikan maklumat secara visual kedudukan paras air didlm boiler.

23) Sebelum menguji water gauge, pastikan ;
a) Cermin pengadang pada gauge glass dipsg
b) Gunakan sarung tgn dan ppe yg sesuai
c) Pastikan tiada org berhampiran paip keluaran stim dan air panas
d) Pastikan tekanan tidak terlampau tinggi
e) Pastikan kedudukan cock2 adalah betul, air setengah gelas

24) Cara ujian water gauge ;
a) Tutup steam cock, tutup water cock, buka drain cock
b) Buka steam cock, tutup water cock, steam akan keluar
c) Tutup steam cock, buka water cock, air akan keluar
d) Tutup drain cock, buka steam cock, buka water cock, air kembali.....

dari atas...steam cock, water cock dan drain cock


 25) Hi/Low water alarm ialah utk memberi amaran kpd boilerman apabila air melebihi tahap minima atau maksima

26) Low water fuel cut off  berguna utk memadamkan burner apabila air berkurangan atau surut ke paras minima

27) Kerosakan yg perlu dilaporkan kpd JKKP ( DOSH )
a) Meletup
b) Kegagalan bahan struktur
c) Kekurangan air
d) Plug timah ( fusible plug ) cair/pecah
e) Tiub pecah

28) Semasa hendak commissioning boiler baru ;
        - bersihkan boiler daripada habuk2 besi, welding rod, kain dan sbgnya. Grease dan minyak juga perlu di cuci.

29) Boiling out boiler baru dilakukan dgn ;
a) mengisi air ke paras 3/4 boiler, dan masukkan caustic soap dan soda ash
b) Jalankan boiler hingga air menggelegak selama     4-8 jam.
C) Sejukkan dan buang air didlmnya

30) Bagaimana menaikkan/up-kan boiler baru ?
        Jgn panaskan dgn cepat

31) Akta dan peraturan mengawal operasi boiler bertujuan untuk menentukan keselamatan penggunaan boiler dari segi boilerman, pepasangan dan pengendaliannya.

32) Semasa hendak menjalankan Boiler, selepas paras air diperiksa dan dipastikan, apakah langkah seterusnya ?
- pastikan perkakasan lain juga berfungsi dgn baik spt pump, blowdown valve, burner dan lain2

33) Bagaimanakah pembakaran bahan bakar itu dikatakan baik ?
- dengan melihat secara visual api yg sedang membakar dan tiada asap hitam.

34) Pembakaran sempurna penting supaya mendapat kepanasan yg sesuai dan tidak menggunakan terlalu byk bahan bakar yg boleh menjejaskan kos operasi.

35) Pembakaran yg baik ialah apabila campuran oksigen dan bahan bakar di jaga pada tahap yg sesuai.

36) Paras air perlu sentiasa dijaga supaya boiler beroperasi dgn selamat iaitu boiler tidak terlalu panas (air terlalu kurang) sehingga boleh berlaku kerosakan dan membahayakan.

37) Mengawal paras air secara manual ;
        - air terlalu byk : blow down
        - air kurang : jalankan pam

39) Bahagian luar tiub bagi sebuah water-tube boiler boleh dicuci dgn sistem soot blower

40) Antara kegunaan buku log boiler ialah utk merekodkan butir2 operasi spt nombor boiler yg beroperasi, tekanan steam, jumlah blowdown, masa mula dan berhenti, chemical dosage, fuel usage, kecacatan, kerosakan dll.

41) Cara menghidupkan api burner secara selamat ialah mengeluarkan wap2 bahanapi yg berlebihan dgn cara menjalankan FD ( force draft ) fan.

42) Langkah keselamatan oil-fired boiler( contoh – bahanapi diesel) ;
a) Pastikan tiada kebocoran pada saluran minyak
b) Tiada bahan mudah terbakar sekitar boiler
c) Jenis bahanapi yg sesuai digunakan

43) Apa perlu buat jika feedpump tiba-tiba berhenti ?
a) Pastikan paras air mencukupi pabila pam berhenti.
b) Tutup MSV ( main stop valve ) dan padamkan api ( untuk mengelakkan kehilangan air )
c) Tutup injap air masuk ke boiler dan pastikan injap sehala berfungsi ( untuk mengelakkan aliran balik air panas ke pam)
d) Baiki pam sambil berjaga-jaga dgn memastikan injap keselamatan berfungsi seperti yang sepatutnya kerana dandang masih menyimpan tekanan.

44) Sebab2 kekurangan air ;
a) Boiler mengalami kebocoran
b) Pump rosak
c) Blowdown valve tidal ditutup rapat
d) Tangki air kosong

45) Carry-over ialah pabila air atau buih memasuki paip stim. Boleh berlaku jika ;
a) Paras air terlalu tinggi
b) Water treatment tak betul
c) Over drying......

46) Water hammer berlaku pabila steam yg dibuka secara tiba2 menolak kumpulan air yg bertakung didlm paip yg akan bergerak laju
Ini boleh dielakkan dgn membuang air dgn membuka paip drain.

47) Jika tiub pecah semasa beroperasi ;

a) Padamkam api
b) Beritahu bahagian proses
c) Tutup MSV
d) Laporkan pada pengurusan
e) Laporkan pd JKKP


RAWATAN AIR / WATER TREATMENT

1)     Tujuan rawatan air ialah
a) Memanjangkan hayat dandang
b) Mencegah scaling pd permukaan panas
c) Mengawal jumlah enap-cemar dlm air dandang
d) Mengurangkan hakisan
e) Mengurangkan berlakunya bawa sebelah
f) Mencegah rapuh kostik pd plat sambungan dd
g) Menghapuskan oksigen terlarut
h) Mengeluarkan kotoran umum spt gas2 larut, kekerasan dan bendasing

2)     Kotoran yg terdapat dlm air sungai adalah spt;
a) Lumpur - bahan tidak larut
b) Hardness - calsium  dan magnesium bahan larut
c) Silica, gas ( O2, CO2 )
d) Bahan2 larut - pasir

3)     Air sungai tidak sesuai utk digunakan secara terus kerana kekotoran yg ada boleh menyebbkan ;
a) Scaling
b) Tiub tersumbat
c) Carry-over
d) Corrossion

4)     Terangkan ; 
a) Scalling ialah - selaput yg membaluti dalaman tiub disebbkan lumpur atau hardness
b) Pittiing ialah - lopak2 lubang yg kecil pada tiub yg disebbkan oleh oksigen
c) karat ialah - satu hakisan berterusan apabila kandungan oksigen berlebihan dlm air

....cara mengatasi karat dan pitting ialah dgn menggunakan daerator dimana oksigen dan gas2 terlarut dibuang dan air dipanaskan. Jgn menyimpan air terlalu lama didlm boiler.

5)     Utk mengelakkan masalah scale dan pitting, mutu air perlu dibaiki dgn cara ;
a) External treatment - perbersihan air yg dtg drpd sungai, kolam dll dgn cara menapis dan melembutkannya.
b) Internal treatment - rawatan air menggunakan kimia yg dicampurkan kedlm air dlm boiler
6) Secara ringkasnya, air sungai di pam kedlm kolam pemendapan dan dipam pula ke sand filter. Dari situ dipam pula ke softener kemudian dipam pula ke tangki dan dari tangki dipam pula deaerator seblm masuk ke steam drum.

6)     keterangan alat/proses ;
a) sand filter : menapis kotoran spt lumpur dll
b) softener : melembut air dgn membuang larutan calcium dan magnesium.
C) deaerator/penyahudaraan : memanaskan air, membuang oxygen dan lain2 gas terlarut dlm air. Terdapat 2 jenis penyahudaraan iaitu stim/pemanasan dan hampagas.

7)     Bahan2 kimia yg digunakan ; 
a) sodium sulphite - mengurangkan oxygen
b) phosphate - mengurangkan scale
c) calcium hydroxide/alkali - melembutkan air dan mengurangkan oxigen/corrosion
d) sodium carbonate/sludge conditioner - melicinkan permukaan tiub, senang blowdown


9) Cara melakukan perawatan ialah dengan menyesuaikan kuantiti setiap bahan kimia berdasarkan pada analisa sampel air.                      
 Spec kualiti air boiler ;
a) phosphate                                  5-20 mg/l
b) caustic alkaliniti                         40-120 mg/l
c) total alkaliniti                              100-200 mg/l
d) silica                                           
e) sulphite                                       30-50 mg/l
f) suspended solid                          
g) total disslv. Solid                        
     (TDS)

pH    10-12 : kadar kepekatan ion hidrogen dlm air

10) Blowdown penting utk mengurangkan kotoran termendap di dalam tangki air boiler / mengurangkan kotoran dlm air
11) Cara blowdown yg betul ialah ;
a) Bergantung kpd TDS
b) 2-4 jam sekali

HYDROSTATIC TEST (HT)

TUJUAN IALAH UTK MEMPASTIKAN KEKUATAN STRUKTUR BAHAN DAN PENYAMBUNGNYA
a) Boiler baru
b) Repair
c) Pindah
d) Setiap 7 tahun sekali

cara ;
a) blank semua valve
b) masukkan air sehingga penuh
c) buka air cock supaya udara dlm boiler dpt keluar
     kemudian tutup.
d) pam HT sehingga 1.5 kali design pressure
e) tunggu 30 min sambil disaksikan pegawai pemeriksa JKKP

STEAM TEST

....ialah berkaitan ujian terhadap fungsi safety valve, berikut ialah seperti apa yang termaktub di dalam akta ;

FEDERAL SUBSIDIARY LEGISLATION FACTORIES AND MACHINERY ACT, 1967 [64 OF 1967] P.U. (A) 5/1970 FACTORIES AND MACHINERY (STEAM BOILER AND UNFIRED PRESSURE VESSEL) REGULATIONS, 1970

Incorporating latest Amendment - P.U. (A) 55/2010 
Date of publication: 8th January 1970 
Date of coming into operation: 1st February 1970 

42. Steam tests.

(1) Every steam boiler inspected for the first time and every other steam boiler of which the authorised safe working pressure has been altered shall be tested under steaming conditions to the satisfaction of the Inspector. 

(2) A steam boiler other than a water tube steam boiler shall be tested with the safety valves set at the authorised safe working pressure under full steam and firing for at least ten minutes with the feed water and the stop valve closed. Where the accumulation of pressure during such test exceeds ten per centum of the authorised safe working pressure of the steam boiler the area of the safety valves shall be considered insufficient, and a certificate of fitness for that working pressure shall not be granted.


(3) When witnessing a safety valve test an Inspector shall use the standard pressure gauge supplied for his use unless he is satisfied that the steam boiler pressure gauge is accurate.

Soalan-solan lain ;
1. Apakah fungsi dan tugas JKKP ?
    - mewujudkan satu budaya kerja yg selamat dan sihat di tempat kerja.

2. Apakah undang2 yg berkaitan dgn boiler ?
    - akta kilang dan jentera 1967 ;

a) seksyen 14 : boiler mesti dibina dan     direkabentuk dgn selamat.
b) seksyen 19 : boiler mesti mempunyai sijil perakuan kelayakan yang sah utk beroperasi
c) seksyen 29 : boiler mestilah dijalankan oleh orang yg berkelayakan.
d) seksyen 40 : boiler mesti diperiksa oleh JKKP setiap 15 bulan sekali

Menyediakan boiler untuk pemeriksaan berkala oleh JKKP setiap 15 bulan ;

a) Tanggalkan water column, water gauge, probe
b) Tanggalkan feed water tube
c) Tanggalkan blowdown tube
d) Buka handholes
e) Tanggalkan safety valves
f) Tanggalkan burner unit
g) Bersihkan semuanya
h) Siapkan semuanya utk dipamerkan dan diperiksa


utk boiler industri ;

a) beritahu bahagian proses
b)shutdown boiler dan tutup msv
c) biarkan boiler sejuk secara perlahan2
d)kemaskan bilik boiler
e) setelah sejuk, bukan pintu depan dan bakang fire-side dan bersihkan karbon2 disitu
f) buang semua air dalam boiler dan buka semua valve, bersihkan dan pamerkan utk pemeriksaan
g) bersihkan bhg dlm dan keluarkan semua kekotoran.
H) buat pemeriksaan utk mengesan masalah utk diberitahu kpd pegawai jkkp

Jika safety valve blow...........

1)     tgk gauge 
a) jika melebihi TKS bermakna over pressure...periksa api jika masih menyala, padamkan dan   periksa kenapa tidak cut off burner. Jika tidak monitor api sehingga dibaiki.
b) jika tidak melebihi TKS bermakna safety valve spring patah. Buat emergency shutdown.
........shutdown end-user equipment, off burner, blow down
2)     Jika tidak nampak paras air dalam gauge glass bermakna samada air tiada atau terlalu penuh.
             Utk confirm,  buka test cock dan tgk apa yg keluar.
             Beritahu bahagian proses/user tutup msv dan shutdown.
             Kena lapor pada JKKP.
Jika glass gauge pecah, tutup gauge glass dgn guni basah, tutup steam dan water cock. Gunakan satu lagi gauge jika terpaksa. Tukar selepas keadaan terkawal.

Rosedi Che Rose, 11/12/13 ( kemaskini 10/4/14 )

Pernah di tulis di dalam blog lain iaitu goingforj29..tetapi telah di tutup atas sebab2 tertentu. Artikel terbaru ini merupakan artikel dahulu yang telah dikemaskini dengan foto dan maklumat tambahan.

Semoga bermanfaat.






Buku Rujukan Boilerman Gred 2

Pada tahun 2014, saya telah menulis satu blog post yang bertajuk ' Nota Rujukan - Boilerman Gred 2 '.  Post itu telah di baca oleh l...