Selasa, 5 Disember 2017

NAK HIDUPKAN ROADTAX YANG DAH MATI LEBIH SETAHUN...

ALAMAK, ROAD TAX DAH LEBIH SETAHUN MATI....


Kadang2 lupa. Mungkin juga tiada keperluan kerana pakai dalam kampung sahaja. Tapi jika perlu dan terpaksa menghidupkan kembali roadtax yang dah lebih setahun mati, memanglah kena ada prosedur tambahan dan tidak semudah membeli insuran dan terus renew roadtax.

Prosedur yang anda kena lalui saya senaraikan di bawah ;

1. Buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom.

    - Untuk ini adalah baik anda membuat temujanji dengan pihak Puspakom dengan menalipon
       premis Puspakom yang terdekat. Standby maklumat seperti nama penuh, No.IC dan no plat
      kenderaan yang hendak diperiksa.

    - Berikut ialah link maklumat cawangan Puspakom seluruh Malaysia

      http://www.puspakom.com.my/branches/

    - Dokumen penting yang perlu di bawa ialah Mykad anda semestinya dan juga Geran original
      kenderaan yang hendak diperiksa.


2. Untuk membawa kenderaan anda yang masih belum dihidupkan roadtaxnya ke Puspakom, anda
    mesti memohon Permit Perjalanan Sementara daripada JPJ yang sah laku untuk satu hari sahaja. Berikut ialah link puspakom utk rujukan dan cas.

https://www.puspakom.com.my/special-inspection/?lang=ms

3. Selepas selesai dan lulus pemeriksaan Puspakom, baru lah anda boleh membeli Insuran untuk
    kenderaan anda. Pihak Insuran memerlukan salinan laporan Puspakom dan foto kenderaan anda
    dari 4 sudut berlainan (depan, belakang, kiri dan kanan).

4. Setelah membeli Insuran kenderaan, barulah anda boleh menghidupkan kembali Roadtax
    kenderaan anda itu.

5. Untuk motosikal pula, tidak perlu ke Puspakom. Semuanya boleh diselesaikan di pejabat JPJ negeri. Jadi owner hanya perlu bawa motosikal dan geran ke JPJ, inspection, insuran dan roadtax boleh di buat sekaligus di sana.


Baiklah, terlanjur bercerita, saya juga menyediakan khidmat untuk memperbaharui insuran kereta/motor, jika ingin membeli Insuran kereta/motor, cuma wasapkan kepada saya foto covernote lama untuk saya sediakan quotation(sebutharga) secara percuma.

Penyedia-penyedia insuran yang saya wakili ialah spt di bawah ;



Ikuti prosedur mudah di bawah untuk mendapatkan Insuran kenderaan anda;

Renew Insuran kereta/motor ? Ikut step di bawah ;

1. Wasap foto covernote/polisi lama kpd saya
2. Saya sediakan quotation(sebutharga)
3. Jika setuju utk membeli, buat pembayaran secara tunai atau bank in
4. Saya sediakan covernote/polisi
5. Anda boleh renew roadtax



Polisi akan dihantar kpd anda dlm bentuk file pdf melalui wasap dan email. Anda boleh download dan cetak ( Jadi untuk proses di atas, anda tak perlu jumpa saya pun ).

Jika anda sibuk, saya juga boleh jadi runner roadtax anda dengan sedikit cas tambahan untuk runner dan pos jika anda berada di luar Ipoh. Road tax akan disertakan sekali dengan covernote/polisi yang telah di cetak. Ada free gift lagi.

Wasap saya di 0194657645


 https://roadtaxmalaysia2020.blogspot.com/2019/08/memperbaharui-takafulinsuran-roadtax.html?m=1


Update. Tahun 2024, saya masih lagi menjadi ejen utk takaful kenderaan tetapi secara freelance. 2 service provider utama yg saya boleh uruskan ialah Etiqa Takaful dan Zurich Takaful.

Sekarang dan terbaru, pembaharuan roadtax boleh dilakukan secara online dan tidak perlu mendapatkan sticker atau roadtax fizikal. Status roadtax yg telah dibaharui akan di update pada aplikasi MyJPJ untuk rujukan pemunya kenderaan. 

Tidak perlu menunjukkan apa2 dokumen sama ada digital atau fizikal semasa roadblock. Pihak berkuasa mesti ada device mereka sendiri utk verifikasi roadtax dan lesen memandu dgn cara mengimbas no plate kenderaan. Pengguna hanya perlu pastikan yg lesen memandu dan roadtax mereka tidak luput.

Untuk dapatkan sebutharga percuma utk takaful/insuran kenderaan anda sila wasap saya di 0194657645. Coverage terbaik atau bajet terbaik mengikut kemahuan anda.



7 ulasan:

  1. Sy nak Tanya mcm kereta sy dah lebih setahun road tax mati tapi insurance hidup lagi tapi X boleh buat roadtax..knape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roadtax cuma boleh di buat untuk 2 tempoh sahaja iaitu 6 bulan dan setahun. Jika tempoh insuran valid melebihi 6 bulan tapi tak sampai setahun, roadtax akan dikeluarkan untuk 6 bulan sahaja. Jika tempoh valid insuran tak sampai 6 bulan, anda mesti pergi ke syarikat insuran terbabit dan menambah tempoh insuran supaya cukup 6 bulan.

      Padam
  2. Saya telah renew insurance ,tetapi kereta sy roadtax dah mati setahun dan perlu ke puspakom.utk ke puspakom perlu bnyk diperbaiki kereta tu.ada tempoh2 masa nye ke.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,betul kah untuk motosikal yang road tax sudah mati lebih dari 3 tahun juga tak perlu ke Puspakom?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum boleh ker nak renew insurance Sahaja sbb nk amik NCD kereta lama
    road tax kereta dah tamat 3 tahun

    BalasPadam
  5. Saya ke jpj renew road tax motor skuter mati dah lebih 8 tahun, Tak pakai. JPJ free jer,cuma bayar RM 2 Kat kaunter..sblm tu beli la insurance 3rd party baru RM 69.29...dah inspect kejap jer terus boleh ride.

    BalasPadam

GEN - Z & Alpha : A Guide For Navigating Modern Culture

WARNING : The opening passage below uses Gen Z and Gen Alpha Slangs When Australian Senator Fatima Payman’s speech went viral, it totally ca...