Masih
banyak digunakan oleh juruelektrik dan teknisyen dan masih banyak di jual di
kedai-kedai aksesori elektrik, kedai hardware, kedai “ En. Sendiri Buat “ dan
kedai RM2.
Harganya
murah dan mudah digunakan. Sentuh bahagian hujung screw driver pada punca live
dan sentuh hujung belakang yang berlogam dengan jari. Jika kuasa elektrik hadir
di punca live tersebut, lampu neon di dalam Test Pen akan menyala.
Apa yang
berlaku ialah arus elektrik mengalir melalui Test Pen di mana didalamnya ada
resistor dan lampu neon sebelum ke dalam badan anda melalui jari yang di sentuh
di belakang Test Pen. Alat yang melindungi anda daripada terkena renjatan
elektrik ialah resistor bersaiz kecil yang bernilai tinggi ( ~ 1.7 Mohm ). Ia menjadikan jumlah arus yang mengalir ke
badan anda hanya sekitar 0.1 micro amp. Lampu neon memerlukan arus yang sangat
kecil untuk menyala maka cukup bagi ia menggunakan kapasitan badan kebumi untuk
melengkapkan litar.
Walau
bagaimanapun, alat Test Pen ini, tidak melepasi syarat keselamatan yang
digariskan oleh HSE ( Health and Safety Executive ) UK di dalam panduan
menggunakan alat untuk menguji elektrik GS38. Panduan ini mengesyorkan
penggunakan alat-alat yang tidak melibatkan sentuhan secara langsung oleh pengguna
kepada punca live elektrik.
Jadi
apakah risiko-risiko terhadap keselamatan jika menggunakan Test Pen ini ?
1. Binaan dalaman Test Pen tidak
mempunyai perlindungan terhadap kerosakan litar pintas. Jika komponen resistor
dan lampu neon rosak, ia boleh meletakkan pengguna pada sambungan langsung
kepada punca elektrik.
2. Tidak di bina untuk kalis air.
Jika pengguna menjatuhkan Test Pen ke dalam air atau menyangkut Test Pen di
poket ketika melalui hujan, air boleh terperangkap di dalam Test Pen dan
menyebabkan kebocoran arus yang cukup untuk mendatangkan kecederaan serius
kepada pengguna. Walaupun renjatan yang mungkin tidak kuat, ia boleh
menghasilkan kejutan yang menyebabkan pengguna jatuh dan kecederaan lain.
3.
Lampu
neon mula menyala dengan voltan setinggi 80V ke atas. Jadi, ia masih belum
dapat mengesan kebocoran elektrik bawah 80V yang cukup untuk menyebabkan
kejutan elektrik.
Penyelesainya ?
Belajarlah
menggunakan alat-alat menguji elektrik yang lebih selamat dan tepat seperti
Multimeter, Clamp Meter dan alat menguji tanpa sentuhan yang lain.
UTAMAKAN
KESELAMATAN
Dapatkan test pen tanpa sentuh berkualiti di sini ;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan