- Proses
Kemasukan Hospital Panel dengan Medical Card PruBSN Takaful
-
Sekiranya anda sakit atau cedera dan didapati perlu merujuk doktor pakar
dan dimasukkan ke wad, rujuk prosedur berikut untuk kemasukan ke wad
menggunakan 'Medical Card' PruBSN:
a. Terus ke hospital panel (rujuk hospital panel yang
terkini) dan kemukakan Medical Card PruBSN Takaful di 'admission suite' untuk pendaftaran pesakit.
b. Tunggu
proses kelulusan jaminan daripada PruBSN berdasarkan laporan pengesahan
benar-masuk oleh doktor hospital panel.
c. Terdapat
sesetengah hospital panel memerlukan anda membuat bayaran DEPOSIT yang
minima (sekitar RM200-RM500). Bagi
pelan HE Advanced dan HE Premier PruBSN, deposit ini dikecualikan.
d. Pemegang polisi PruBSN dimasukkan ke wad dan menerima rawatan.
e. Setelah pulih dan semasa dibenarkan pulang, hospital akan menguruskan
tuntutan bil rawatan secara online kepada pihak PruBSN
f. Pemegang polisi PruBSN menandatangani bil akhir
selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN.
g. Pemegang
polisi menerima baki deposit atau membayar caj lebihan cthnya: co-takaful
atau lain-lain caj perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan seperti
suratkhabar, perkhidmatan telefon dan sebagainya (jika ada).
h. Dalam masa 4
minggu, pemegang polisi akan menerima Manfaat Elaun Hospital Harian
dalam bentuk cek sekiranya bermalam di wad melebihi 6 jam. Cthnya:
Sekiranya anda mengambil elaun hospital harian sebanyak RM200 sehari dan
anda telah bermalam di wad selama 5 hari, anda akan di bayar sebanyak RM1,000.
Manfaat lain yang berkaitan adalah Elaun Cuti Sakit (jika tidak dapat
bekerja akibat cedera kemalangan), Elaun Pembedahan (jika terdapat
prosedur pembedahan).
*Manfaat Elaun Hospital tertakluk kepada
jenis pelan yang di ambil
NOTA
PENTING:
Peserta
tidak perlu mengisi apa-apa borang tuntutan jika menggunakan Medical Card, di
hospital panel kerana urusan tuntutan akan dibuat oleh pihak hospital panel
sendiri. Walaubagaimanapun, untuk bil sebarang rawatan 'out-patient' yang
berkaitan hendaklah di bayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian kembali -
rujuk ejen untuk info lanjut.
- Kemasukan
Hospital Menggunakan 'Guarantee Letter' Majikan
-
Jika anda pemegang Medical Card
PruBSN tetapi ingin bil perubatan anda ditanggung oleh majikan, maka
anda juga layak menerima pelbagai elaun-elaun penghospitalan PruBSN seperti
di atas. Hanya kemukakan 3 butir berikut kepada pihak PruBSN untuk proses tuntutan:
i.
Salinan resit terperinci bil
hospital yang dibayar oleh majikan
ii. Laporan Perubatan Doktor (diisi oleh doktor merawat
secara terperinci) bukannya summary
medical report.
iii. Borang Tuntutan Manfaat Elaun Penghospitalan (di
isi oleh peserta). Boleh minta bantuan ejen.
3. Kemasukan Ke
Hospital Bukan Panel PruBSN
- Anda juga boleh menjalani rawatan di hospital bukan panel PruBSN
(contohnya: Hospital Kerajaan) tetapi mestilah di rawat oleh
doktor yang berdaftar. Anda juga layak menerima Elaun Penghospitalan seperti Elaun Wad Harian, Elaun Pembedahan, Elaun Cuti Sakit akibat kecederaan
dan sebagainya.
Nota
Penting :
Untuk kemasukan ke Hospital bukan Panel PruBSN,
anda di kehendaki membayar segala bil hospital tersebut terlebih dahulu dan
kemudian membuat tuntutan bil kembali dengan syarikat Prudential BSN Takaful.
Kemukakan dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan proses tuntutan balik (reimbursement)
dan rujuk kepada ejen anda kembali.:
i.
Resit asal bil hospital
ii. Laporan perubatan terperinci daripada doktor
merawat (bukannya summary medical report)
D)
Kemasukan Hospital Di Luar Negara
Manfaat
perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama
bermastautin
bagi setiap perjalanan.
- Tiada sebarang
perlindungan sekiranya orang yang dilindungi berada lebih daripada 90 hari di
luar Malaysia bagi setiap perjalanan.
- Jika peserta
menerima rawatan perubatan di luar negara, sila kemukakan dokumen berikut untuk
membuat tuntutan rawatan luar negara:
i. Data/maklumat terperinci bagi setiap item pada
bil perubatan berserta laporan perubatan doktor merawat di luar negara adalah
diperlukan untuk membolehkan proses tuntutan dibuat.
ii. Satu salinan passport untuk mengesahkan tarikh
keluar dan kembali ke Malaysia diperlukan.
Nota Penting:
Kadar tuntutan tertakluk kepada kadar yang dibayar
berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia.
Sebagai contoh sekiranya peserta menerima rawatan
sakit appendiks,
cthnya:
Kos di Negara A : USD7,000
Kos di Malaysia : RM7,000
Peserta akan dibayar mengikut kiraan rawatan berdasarkan kepada kos rawatan di
Malaysia sahaja iaitu sebanyak RM7,000.
Anda boleh menggunakan talian International SOS
24 jam Hotline (reverse charge) +603-2166 7377 yang tertera di belakang
Medical Card PruBSN Takaful anda sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan di
luar negara
**Khas untuk klien saya, sila maklumkan kemasukan anda di hospital, supaya
saya dapat memantau perkembangan urusan penghospitalan.
Jika anda mahu menguruskannya sendiri, anda boleh menghubungi Hospital
Alliance Service PruBSN di talian:
- 03-211
60228 (Prudential Customer Service - weekdays 8am - 5pm)
- 03-2053
7188 (PruBSN customer service – waktu pejabat)
- 03-2031
8228 ext. 1050 (weekend & luar waktu pejabat)
Nota Penting
Penting
untuk diingatkan ialah polisi ini hanya menanggung kos perubatan seandainya
anda dimasukkan ke wad Hospital. Polisi ini tidak menanggung apa-apa kos
rawatan pesakit luar kecuali
akibat kemalangan (polisi perlindungan penuh) dan bil rawatan pesakit luar
dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas anda dimasukkan ke wad ( sakit yang
sama ).
Langkah-langkah
mendapatkan rawatan yang saya syorkan ;
1.
Jika sakit,
pergi ke klinik biasa.
2.
Jika doctor
di klinik biasa mengesyorkan anda untuk mendapatkan rawatan pakar di hospital,
dapatkan surat rujukan.
3.
Dapatkan
rawatan di hospital pakar dan gunakan medical card untuk masuk ke wad.
Langkah 1
& 2 ialah untuk mengelakkan anda daripada membayar bil yang tinggi di
hospital pakar sekiranya kes anda di terima hanya sebagai rawatan pesakit luar
tanpa perlu masuk ke wad.
Sekiranya
anda perlu masuk ke wad, bil rawatan di klinik boleh dituntut semula.
Credit
to : Abu Bakar Mamat