Di kenali sebagai "Joule Thief Circuit". Litar ini membolehkan LED yang forward voltagenya melebihi 1.5V dinyalakan oleh sebuah bateri AA yang sudah lemah voltannya.
Dengan ayat lain, sebuah LED tidak mungkin dapat dinyalakan menggunakan hanya sebuah bateri AA, apa lagi jika baterinya sudah lemah. Tetapi dengan litar Pencuri Tenaga ini, sebaliknya berlaku.
Kita lihat dulu gambarajah skematiknya ;
Komponen2 yang diperlukan ialah ;
1. Toroid Bead ( bahan ferrite )
3. Transistor NPN ( BC337 )
4. Resistor 1 kilo ohm
5. Sebuah bateri AA 1.5V yang lemah pun tak pe
6. Dan of course sebuah LED
Persediaan ;
1. Sediakan Toroid Inductor dengan melilitkan 2 wayar single core ke dalam Toroid Bead seperti berikut. Boleh google video cara2 melakukannya....
2. Ukur voltan pada bateri, ini just nak tunjuk je yang bateri ni memang dah lemah sikit....
Ok, bila semuanya dah ready, bolehlah buat sambungan mengikut litar skematik di atas. Saya menggunakan Bread Board untuk senang dan cepat......dan...... LED menyala !
Logiknya, sebuah bateri 1.5V yang baru pun tidak mampu menyalakan sebuah LED kerana voltan yang diperlukan untuk menyalakan LED mestilah sekitar 2.0V ke atas. Jadi apakah penerangan di sebalik keupayaan litar ini menyalakan sebuah LED dengan menggunakan sumber tenaga yang rendah ? Agak panjang lebar juga kalau nak explain ni. Secara ringkasnya...litar ini adalah sejenis "self oscillating voltage booster". Litar ini boleh berfungsi dengan voltan serendah 750mV bermakna ia boleh berfungsi walaupun menggunakan bateri yang hampir mati.
Jadi daripada buang bateri yang dah tak boleh guna tu, baik try buat mini torch light ni.
Ok di bawah ini ialah litar Joule Thief juga yang di ubahsuai sedikit.Voltan merentasi LED bernilai sekali ganda daripada input......
Assalamualaikum tuan.
BalasPadamSaya ingin mengajukan soalan kepada tuan.
Baru - baru ini terdapat viral dari internet berkenaan dengan satu kad penjimat elektrik. (bentuknya seperti kredit kad)
Hanya ditampal pada Main Switch di rumah, dan mampu menjimatkan penggunaan elektrik antara 10% - 20%.
Adakah perkara ini sahih mengikut ilmu kejuruteraan elektrik atau hanya dongeng sahaja ?
Mohon pencerahan.
Terima kasih.
Waalaikummussalam.
BalasPadamSaya tidak berapa yakin dgn produk berkenaan. Antara sebabnya ialah ada supplier dari China yg mengiklan dalam ebay mengatakan produk ini popular di Malaysia. Kenapa hanya Malaysia ?
Iklan produk ini byk menggunakan teori dan ayat2 canggih kuantum fizik tetapi tidak memberikan bukti2 jelas yg mudah difahami oleh pengguna kebanyakkan. Bukti yg ditunjukkan hanya dgn alat pembaca ion yg mengesan kehadiran ion pada kad berkenaan. Ya memang diakui sudah ada teknologi untuk memasukkan ion pada solid, cuma di US misalnya teknologi ini lebih popular pada barangan untuk kesihatan.
Bagi saya mudah sahaja, jika benar kad ini boleh mengubah gelombang elektrik supaya lebih stabil dan menjadikan penggunaan lebih effisien dan jimat, mengapa tidak tunjukkan rupa gelombang AU yang dimaksudkan ketika sebelum ada kad dan selepas ada kad.
Penjelasan tentang bagaimana produk ini boleh menjimatkan petrol lebih mengurangkan keyakinan saya.
Terima kasih tuan atas ulasan yang diberikan.
Padamassalamualaikum tuan.tumpang tanya.bahan ferrite itu merujuk pada apa-apa bahan yang menggunakan unsur besi ke?
BalasPadamWsalam. Ia adalah bahan kompaun seramik yg mengandungi oksida besi dan lain2 bahan metalik.Di kedai elektronik mmg sedia ada menjual ferritte bead, core, rod dan sebagainya utk aplikasi tertentu.
Padamassalamualaikum tuan, saya sedang melakukan eksperimen menghidupkan led dari tanah bagi mengantikan bateri. masalah saya ialah led yang dihasilkan malap kerana tenaga yang terhasil agak rendah dari tanah.. bolehkan saya menggunakan Toroid Bead seperti diatas untuk menerangkan lagi LED.. terima kasih
BalasPadamlitar pencuri tenaga ini menggunakan arus yang byk. Jika sumber asal tidak cukup arus, ia tidak boleh berfungsi
Padam