Isnin, 17 April 2023

Paparan Text Menatal Pada LCD I2C 16X2 Dengan Arduino Uno

 Baru tahu ada perkataan Menatal. Maksudnya ialah Scrolling. Jadi tajuk pos ni dalam English ialah Scrolling Text Display On 16X2 LCD I2C With Arduino Uno. Mudah sahaja kalau nak bina. Boleh rujuk pada gambarajah litar. Coding juga diberikan, boleh copy dan paste pada Arduino IDE. Boleh ubah suai untuk memaparkan apa-apa mesej.

Sebelum itu kita tengok video Tik Tok ini dulu. Buat pun sempena Raya 2023 yang hampir tiba.



di bawah, gambarajah litar

5V to VCC
GND to GND
A4 to SDA
A5 to SCL


dan ini coding nya ;



#include "LiquidCrystal_I2C.h"

LiquidCrystal_I2C lcd(0x27,16,2);

String message = String("Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin");
int length;

void setup()
{
  lcd.init();
  lcd.backlight();

  length = message.length();
}

void loop()
{
  for(int i = 0; i < length; i++)
  {
    ClearRow(0);
    lcd.print(message.substring(i,i+15));
    delay(300);
  }
}
void ClearRow(int rowNum)
{
  lcd.setCursor(0,rowNum);
  lcd.print("                      ");
  lcd.setCursor(0,rowNum);
}



Selamat mencuba :-)

Boleh beli Arduino ori di sini ;




Arduino R3 China

Sabtu, 18 September 2021

Proses Pembuatan Cip Semikonduktor

Saya telah berkerja di dalam industri Semikonduktor sejurus selepas tamat belajar pada tahun 1994. Selama 16 tahun berkerja di dalam industri ini pelbagai pengalaman berharga telah saya timba, yang paling ketara ialah di dalam bidang elektro-mekanikal dan instrumentasi, automasi industri dan proses pemasangan litar bersepadu di bahagian 'Front of Line'. Ini kerana pada 11 tahun pertama, saya bekerja di bahagian Maintenance Engineering manakala 5 tahun berikutnya saya bekerja di bahagian Process Engineering.

Kini selepas 10 tahun meninggalkan industri ini, anak sulung saya pula telah mendapat tawaran kerja di sebuah kilang semikonduktor. Kilang yang sama di mana saya pernah berkhidmat dahulu iaitu Carsem (M) Sdn Bhd yang merupakan sebuah kilang Sub-Kontraktor pemasangan cip semikonduktor. Jawatan yang akan di isi oleh anak saya ialah Production Expediter, di bawah Operations Department. Nama jawatan ini agak baru bagi saya dan saya difahamkan sebelum ini dikenali sebagai Planner, di bawah Planning Department. 

Sebagai kilang sub-kontraktor pemasangan litar bersepadu atau IC, Carsem akan memasang IC mengikut kehendak pelanggan. Berdasarkan permintaan pelanggan, Production Expediter akan merancang produk yang akan melalui proses 'production' dan 'follow up' daripada mula sehingga ianya siap untuk di hantar kepada pelanggan dengan mematuhi 'cycle time' yang telah ditetapkan.

Fungsi tugas yang berlainan dengan saya dahulu kerana jawatan saya dahulu adalah lebih kepada sokongan kepada 'production'.

Ok, untuk pos kali ini, bersempena dengan lantikan anak saya ke dalam industri semikonduktor, saya akan menulis tentang proses pemasangan IC. Di harap ianya dapat dimanfaatkan oleh anak saya dan sesiapa sahaja yang membacanya. Walau bagaimanapun ianya akan berdasarkan pengalaman saya dahulu. Sudah pasti selepas 10 tahun, sudah banyak berlaku perubahan atau penambahbaikan di dalam proses ini. Namun saya percaya proses-proses utama masih lagi sama.


PRODUK

Produk akhir yang dihasilkan di kilang sub-kontraktor pemasangan IC semikonduktor ialah komponen IC. Ianya terdiri daripada pelbagai pakej. Jenis pakej memberikan maklumat bentuk fizikal sesuatu IC bersama-sama dengan maklumat bilangan kakinya. Contoh 16L QFN, 100L QFP, 16L DIP dan sebagainya. Setiap jenis pakej boleh mengandungi 'device' yang berlainan. Contohnya 16L DIP boleh jadi sebuah chip 'Motor Controller' atau  'Diode Arrays' yang menjalankan fungsi yang berlainan.


Pelbagai bentuk 'Package' cip semikonduktor yang telah siap dan boleh di pasang di papan litar mengikut fungsi yang dikehendaki.


Bermula dengan litar 'mentah' dalam bentuk wafer, ia akan di proses dengan menambah aksesori-aksesori tertentu supaya ia dapat di pasang pada papan litar (PCB). Produk IC akan melalui proses pemasangan di 'Production Line'. Setiap produk dimasukkan dalam bentuk 'Lot' dengan nombor Lot tertentu. Identifikasi lain ialah Pakej, bilangan Lead dan jenis Device. Sangat-sangat penting ialah mengelakkan berlaku percampuran device yang berlainan. Jika berlaku, masalah ini merupakan antara yang dikategorikan sebagai sangat serius.

Proses pemasangan litar bersepadu (IC) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Front of Line (FOL) dan End of Line (EOL). Perbezaan yang utama antara FOL dan EOL ialah kawalan terhadap bilangan partikel atau habuk dalam udara. FOL adalah Cleanroom kelas 10k, manakala EOL adalah Cleanroom kelas 100k ( Sila baca ISO 7 clean room standard untuk maklumat lanjut ). Keseluruhan proses digambarkan dalam rajah di bawah ;


Gambarajah menunjukkan aliran proses dan material yang terlibat. Tidak ditunjukkan ialah proses Quality Control yang berlaku di setiap proses-proses utama. Material 'Wafer' merupakan litar 'mentah' yang akan dipasang dengan 'aksesori' tertentu supaya ianya dapat disambungkan kepada papan litar. Dibawah adalah penerangan ringkas untuk jenis-jenis material yang digunakan.


MATERIAL 


1. Wafer
    - Merupakan kepingan nipis silicon di mana litar elektronik di bina diatasnya. Pembuatan wafer dan litar di atas wafer dilakukan di kilang Wafer Fabrication ( Google Wafer Fabrication unuk maklumat lanjut ). Untuk membuat sebuah cip elektronik, setiap litar pada wafer mesti diasingkan terlebih dahulu. Bergantung kepada saiz litar dan wafer, sebuah wafer boleh mengandungi beratus atau beribu litar elektronik diatasnya.

Pelbagai saiz wafer

Setiap satu litar di dalam wafer ini dikenali sebagai 'Die'. Ia perlu di asingkan satu persatu kerana satu Die akan menghasilkan satu Cip.


2. Mounting Tape
     - Wafer akan 'di pegang' oleh tape dan ring untuk memudahkan proses pemotongan wafer (sawing) dan juga die-attach.

Mounting tape

Ring ( boleh guna semula )

 

3. Leadframe
     - Leadframe adalah tapak kepada die dan akan menjadi terminal sambungan Cip dengan 'Board'. Di akhir proses ia akan di potong keluar satu persatu dan dibentuk kaki penyambungnya. Kaki penyambungnya juga akan menjalani process Electroplating supaya sambungan pateri 'Soldering' dapat dilaksanakan dengan baik.

Leadframe


4.  Epoxy
    - Ialah sejenis gam. Ianya digunakan untuk melekatkan die pada leadframe di dalam process Die-Attach.

Contoh Epoxy


5. Gold Wire
       - Gold wire 99.99% ini digunakan di dalam proses Wirebond untuk menyambung litar di dalam die kepada leadframe.

                                         

Gold Wire 99.99%


6. Mold Compound

     -  Sejenis bahan plastik yang akan menutupi bahagian litar IC kecuali bahagian lead (kaki) IC.

Mold Compound dan IC yang telah di mold



PROSES


1. Wafer Mount

 - Wafer akan dilekatkan pada sejenis tape yang di pegang pada sebuah ring. Tujuannya supaya proses seterusnya iaitu sawing dapat dilaksanakan dengan mudah.

Mesin Wafer Mounting


Link video operasi mesin Wafer Mount (sumber dari You Tube) ;



2. Wafer Sawing / Dicing

 - Di dalam proses ini, wafer yang sudah di mount akan diletakkan di atas ' vacuum chuck ' seramik dan wafer akan di potong untuk mengasingkan setiap satu 'die' menggunakan Diamond Blade yang berpusing pada kelajuan tinggi. Bermula daripada proses ini, mesin dan peralatan automasi yang berketepatan tinggi digunakan.

Diamond Blade di atas 'air spindle' yang diputarkan oleh DC motor pada kelajuan 40k rpm.


Link video operasi mesin Sawing (sumber dari You Tube) ; 


Selepas process Sawing, wafer akan melalui proses 2nd Optical Inspection. Menggunakan Mikroskop berkuasa 10X hingga 100X, operator akan memeriksa jika ada unit-unit yang rosak akibat proses sawing seperti, chip, crack, scratches, contamination dan lain-lain yang berkaitan termasuk jika ada reject yang sedia ada atau berkaitan proses wafer fabrication.. Unit yang rosak akan di tanda dengan ink dan tidak akan di ambil ketika proses Die Attach. QC (Quality Control) Buy Off akan dilakukan oleh operator QA dan Yeild akan dicatatkan.


3. Die Attach

 - Die yang sudah di potong akan di cabut dari tape dan dilekatkan pada leadframe. Lekatan pada leadframe menggunakan gam yang dikenali sebagai epoxy. Proses berketepatan tinggi ini menggunakan mesin automatik Die Attach atau Die Bonder. Mesin akan memilih Good Die sahaja iaitu Die yang tidak ditandakan dengan ink.

Proses Die Attach


Die yang telah dilekatkan pada leadframe


Selepas proses Die Attach, leadframe yang dikumpulkan di dalam magazine akan dimasukkan ke dalam Oven. Pada suhu dan profile yang telah ditentukan, epoxy akan kering dan mengeras. Proses ini juga dikenali sebagai Epoxy Cure.


Link video operasi mesin Die Attach (sumber dari You Tube) ; 




4. Wire Bond

 - Seterusnya, penyambungan elektrikal antara Die dan leadframe dilakukan melalui proses Wire Bond. Ini adalah proses automatik yang paling menarik sekali. Menggunakan wayar emas tulin 99.99%, mesin Wire Bonder akan melaksanakan proses Bond dan Stitch di antara Bond Pad pada Die dan Leadframe. Pelan penyambungan mestilah tepat mengikut Bond Diagram. Wrong Bonding adalah satu kesalahan yang sangat serius dalam proses ini.




Unit yang telah siap di Wire Bond


Selepas proses wirebond, satu lagi pemeriksaan visual di bawah mikroskop dilaksanakan. Ia dikenali sebagai 3rd Optical Inspection. Operator akan mengesan jika ada berlaku kesalahan atau kerosakan semasa proses sebelumnya iaitu wirebond dan die attach. Antara kesalahan atau reject yang boleh berlaku semasa wirebond ialah wire short, sagging wire, tight loop dan sebagainya. Pihak QA akan membuat buy off dan yield akan dicatatkan. Yield adalah peratus hasil keluaran setelah di tolak bilangan unit-unit yang reject. Sesebuah kilang akan menentukan kawalan yield pada tahap tertentu bagi menunjukkan keupayaan kilang menghasilkan keluaran yang baik dan bermutu tinggi. Yield juga ditentukan oleh pelanggan dan mesti dipatuhi dengan sebaik mungkin oleh sesebuah kilang. 

Link video operasi mesin Wire Bond (sumber dari You Tube) ; 




5. Mold

 - Di dalam proses ini, bahagian Die dan leadframe yang telah di wire bond akan ditutup dengan bahan plastik.

Di dalam mesin Molding, leadframe akan diletakkan di dalam acuan atau Mold Cavity oleh robotic arm. Mold compound akan dicairkan pada suhu tertentu dan di alirkan ke dalam acuan.

Rajah unit yang telah ditutupi oleh Mold Compound


Link video operasi mesin Molding (sumber dari You Tube) ; 

Setelah itu, unit-unit sekali lagi di masukkan ke dalam oven untuk memastikan Mold Compound telah benar-benar 'cured'. Proses ini juga dikenali sebagai PMC ( Post Mold Cure ).



6. Electroplating

 - Proses yang melibatkan elektrolisis kimia ini bertujuan untuk menyaluti kaki IC pada leadframe dengan lapisan timah. Lapisan timah akan memastikan proses soldering IC yang telah siap pada PCB nanti akan sempurna lekatan dan penyambungannya.


7. Marking

- Terdapat dua jenis marking yang dilakukan pada unit iaitu ink mark dan laser mark. 

Link video proses Marking (sumber dari You Tube) ; 


Cip-cip yang telah sedia di 'marking'. Pastinya sangat penting kerana marking atau label pada cip inilah yang akan memberikan maklumat fungsi cip kepada pengguna. Selain daripada itu terdapat juga maklumat pembuat litar dan nombor lot untuk 'traceability'.




8. Trim & Form

 - Proses terakhir ialah Trim & Form. Dalam proses ini, leadframe akan di potong untuk mengasingkan unit-unit IC dan seterusnya kaki IC di bentuk mengikut spesifikasi jenis pakej. Mesin yang menjalankan tugas ini juga dinamakan Trim/Form & Singulation menggambarkan proses yang dilaksanakannya.

Link video proses Trim/Form & Singulation (sumber dari You Tube) ; 

Selepas proses ini unit-unit akan di periksa secara visual dalam di dalam proses yang dikenali sebagai
'Final Visual'. Kemudiannya unit-unit IC ini akan di hantar ke bahagian Testing yang akan membuat ujian elektrikal ke atas setiap IC bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang dikehendaki.

Begitulah serba ringkas gambaran tentang proses pemasangan komponen IC di kilang Sub-kontraktor pemasangan litar bersepadu semikonduktor. Semoga dapat memberikan maklumat dan manfaat kepada semua. Jika ada kesalahan dan perlu pembaikan, anda di alu-alukan untuk memberi komen. 

*Foto-foto dan video-video diperolehi daripada pelbagai sumber di internet.










Jumaat, 18 Jun 2021

Renew Insuran (Takaful) dan Roadtax cara mudah

Ya cara mudah, anda dari rumah atau ofis. Urusan melalui wasap dan pembayaran melalui online. Softcopy Cover Note akan di hantar serta merta selepas pembayaran di buat dan sticker roadtax akan di hantar terus ke rumah atau pejabat oleh pihak MYEG atau yang terbaru boleh hanya update roadtax digital ke MyJPJ Apps di telefon bimbit anda. Lebih menjimatkan.

Untuk mendapatkan sebutharga(quotation) percuma, sila hantar maklumat berikut ;


1. Nama owner 

2. No mykad 

3. No plet kenderaan 

4. Poskod 


 hantar ke ; www.wasap.my/60194657645 

   atau email ke ;

   rosedi3791@gmail.com

Antara urusan2 yang diselesaikan hanya melalui whatsapp sahaja....mudah,cepat, menjimatkan masa dan tenaga ;









                                                                   Since 2016

Isnin, 30 Disember 2019

Arduino Untuk Kawalan Umum

Litar serta kod ini boleh digunakan untuk mengawal apa2 sahaja berdasarkan condition base yang diberikan oleh digital input daripada sensor.

Boleh menggunakan apa2 sensor seperti Flame Sensor, Infrared Sensor, Ultrasonic Sensor, Hall Sensor, malah suis mekanikal seperti Roller Micro Switch juga boleh.

Output boleh digunakan untuk menyalakan LED, membunyikan Buzzer atau memandu Relay untuk mengawal fungsi lain yang lebih besar seperti pam, spotlight, solenoid dan sebagainya.

Kod diubahsuai daripada "Pushbutton"

Sesuai digunakan untuk pengenalan dan mempelajari fungsi asas kawalan menggunakan Arduino.



Sila copy dan paste kod di bawah pada Arduino IDE.

//
//  Digital Input Trigger & Output Drives

//  Turns on and off a light emitting diode(LED, buzzer, relay, etc connected to digital pin 13,
//  when digital signal is present at pin 2.

//  The circuit:
// - Output connected to  pin 13 and GND return Input from any sensor signal connected to pin 2 for auto trigger
// - pushbutton attached to pin 2 from +5V and 10K resistor attached to pin 2 from ground for manual trigger

//- Note: on most Arduinos there is already an LED on the board
//    attached to pin 13.

//  Button program was created in 2005
//  by DojoDave <http://www.0j0.org>
//  modified 30 Aug 2011
//  by Tom Igoe
//  modified 29 Dec 2020
//  by Rosedi
//  for general control using any sensors

// constants won't change. They're used here to set pin numbers:
const int buttonPin = 2;     // the number of the pushbutton or input pin
const int ledPin =  13;      // the number of the LED pin or output pin

// variables will change:
int buttonState = 0;         // variable for reading the pushbutton status

void setup() {
  // initialize the LED pin as an output:
  pinMode(ledPin, OUTPUT);
  // initialize the pushbutton pin as an input:
  pinMode(buttonPin, INPUT);
}

void loop() {
  // read the state of the pushbutton value:
  buttonState = digitalRead(buttonPin);

  // check if the pushbutton is pressed. If it is, the buttonState is HIGH:
  if (buttonState == HIGH) {
    // turn LED on:
    delay (0); // waiting time before activate output
    digitalWrite(ledPin, LOW);
  } else {
    // turn LED off:
    digitalWrite(ledPin, HIGH);
  
  }
}


Dapatkan Arduino Uno ori dari Italy di sini ;





Arduino R3 China





Selasa, 17 September 2019

Arduino Project : Automatic Fire Detection & Suppresion System

Pengesan & Pemadam Api Automatik, menggunakan Arduino.

Projek simple ini merupakan litar kawalan untuk tujuan di atas. Untuk menjadikan ia benar2 boleh berfungsi, perlu menggunakan servo motor yang berkuasa tinggi ( contoh : RC servo motor yang menggunakan metal gear dgn torque sekurang2nya 16kg/cm ). Servo motor digunakan untuk menekan picu alat pemadam api.


Foto di bawah ialah litar skematik...


Dan foto ini pula ialah coding untuk Arduino...


Saya ingin menamakan projek yang berpotensi menyelamatkan nyawa dan harta benda ini sebagai ADIB ( Automatic Detection & suppression of Internal fire Build up ). Ini untuk mengenang jasa dan pengorbanan seorang ahli Bomba iaitu Allahyarham Muhammad Adib yang terkorban dalam rusuhan di sebuah kuil tidak lama dahulu. Ini adalah kerana terdapatnya tindakan sesetengah pihak yang cuba meremeh-temehkan kes ini. Semoga kematian beliau akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga ruh beliau di cucuri rahmat.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim


Terkini, berita pada hari ini 27 Sep 2019. Alhamdulillah, peluang untuk keadilan ditegakkan...


" SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui."


Setahun sudah berlalu dan hingga pada waktu ini, keadilan untuk Adib, masih samar-samar. 


-Rosedi-

Jumaat, 28 Disember 2018

Insuran First party, Insuran third party, errr second party ?

"......Bang2 saya nak beli insuran motor, tapi tak nak first party atau 3rd party, nak yang tengah-tengah punya, second party...boleh tolong kira tak bang ?....."

Terkejut saya bila dapat soalan macam ni, rupa2nya masih ada yang tak faham apa itu yang selalu kita sebut bila nak beli insuran atau takaful untuk kenderaan. Sebenarnya maksudnya begini ;

First Party = Pemunya(owner) kenderaan (Contoh Encik A)

Second Party = Pihak yang menyediakan perkhidmatan Insuran/Takaful (contoh: Kurnia, Etiqa, Takaful malaysia dan lain2)

Third Party = Pihak ketiga iaitu pemunya kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan Encik A


Apabila kita membeli Insuran atau Takaful untuk kenderaan pula, kita ada dua pilihan pelan iaitu ;

1. Pelan Comprehensive atau perlindungan penuh ( Ini yang selalu di sebut sebagai First Party )

2. Pelan Third Party Fire & Theft   


Perlindungan yang diberikan oleh setiap satu pelan ini adalah seperti berikut ;

COMPREHENSIVE
1. Kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan anda sendiri akibat daripada kemalangan, kebakaran atau kecurian.
2. Kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda
3. Kerosakan harta benda pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda

3RD PARTY FIRE & THEFT
1. Kerosakan atau kehilangan kenderaan anda sendiri akibat daripada kebakaran atau kecurian sahaja
2. Kecederaan atau kematian pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda
3. Kerosakan harta benda pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda

* bermakna, kerosakan pada kenderaan anda sendiri akibat kemalangan tidak dilindungi (perlu tanggung kos pembaikan sendiri)

INGIN MEMBAHARUI INSURAN DAN ROADTAX KENDERAAN ANDA ?? 

HANTARKAN SAJA FOTO COVERNOTE  ATAU GERAN UNTUK SAYA KIRAKAN HARGANYA

019-4657645
rosedi3791@gmail.com
https://roadtaxmalaysia2020.blogspot.com/2019/08/memperbaharui-takafulinsuran-roadtax.html





Khamis, 21 Disember 2017

Test Pen = Death Pen




Masih banyak digunakan oleh juruelektrik dan teknisyen dan masih banyak di jual di kedai-kedai aksesori elektrik, kedai hardware, kedai “ En. Sendiri Buat “ dan kedai RM2.

Harganya murah dan mudah digunakan. Sentuh bahagian hujung screw driver pada punca live dan sentuh hujung belakang yang berlogam dengan jari. Jika kuasa elektrik hadir di punca live tersebut, lampu neon di dalam Test Pen akan menyala.

Apa yang berlaku ialah arus elektrik mengalir melalui Test Pen di mana didalamnya ada resistor dan lampu neon sebelum ke dalam badan anda melalui jari yang di sentuh di belakang Test Pen. Alat yang melindungi anda daripada terkena renjatan elektrik ialah resistor bersaiz kecil yang bernilai tinggi ( ~ 1.7 Mohm ).  Ia menjadikan jumlah arus yang mengalir ke badan anda hanya sekitar 0.1 micro amp. Lampu neon memerlukan arus yang sangat kecil untuk menyala maka cukup bagi ia menggunakan kapasitan badan kebumi untuk melengkapkan litar.    

Walau bagaimanapun, alat Test Pen ini, tidak melepasi syarat keselamatan yang digariskan oleh HSE ( Health and Safety Executive ) UK di dalam panduan menggunakan alat untuk menguji elektrik GS38. Panduan ini mengesyorkan penggunakan alat-alat yang tidak melibatkan sentuhan secara langsung oleh pengguna kepada punca live elektrik.

Jadi apakah risiko-risiko terhadap keselamatan jika menggunakan Test Pen ini ?

1.      Binaan dalaman Test Pen tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan litar pintas. Jika komponen resistor dan lampu neon rosak, ia boleh meletakkan pengguna pada sambungan langsung kepada punca elektrik.

2.      Tidak di bina untuk kalis air. Jika pengguna menjatuhkan Test Pen ke dalam air atau menyangkut Test Pen di poket ketika melalui hujan, air boleh terperangkap di dalam Test Pen dan menyebabkan kebocoran arus yang cukup untuk mendatangkan kecederaan serius kepada pengguna. Walaupun renjatan yang mungkin tidak kuat, ia boleh menghasilkan kejutan yang menyebabkan pengguna jatuh dan kecederaan lain.

3.      Lampu neon mula menyala dengan voltan setinggi 80V ke atas. Jadi, ia masih belum dapat mengesan kebocoran elektrik bawah 80V yang cukup untuk menyebabkan kejutan elektrik.

 Penyelesainya ?


Belajarlah menggunakan alat-alat menguji elektrik yang lebih selamat dan tepat seperti Multimeter, Clamp Meter dan alat menguji tanpa sentuhan yang lain.




UTAMAKAN KESELAMATAN

Dapatkan test pen tanpa sentuh berkualiti di sini ;





Buku Rujukan Boilerman Gred 2

Pada tahun 2014, saya telah menulis satu blog post yang bertajuk ' Nota Rujukan - Boilerman Gred 2 '.  Post itu telah di baca oleh l...