Saya dan prepping
Saya rasa secara semulajadinya,saya
memang seorang yang suka bersiap sedia untuk apa-apa sahaja keadaan. Saya
selalu memikirkan persediaan yang perlu saya ada dari segi material dan ilmu
pengetahuan sebelum saya memulakan apa-apa langkah. Sebelum berjalan jauh,
sayalah yang paling sibuk menyiapkan keperluan yang mesti di bawa bersama.
Bahkan malam sebelumnya saya sudahpun menelaah peta dan maklumat tentang tempat
yang hendak di tuju.
Semasa di sekolah rendah, saya
pernah merasa tertarik apabila melihat seorang bapa saudara saya yang membawa
first aid kit kecil di dalam beg sandangnya. Oleh kerana gagal membeli first
aid kit kecil untuk diri sendiri, saya telah membuat sendiri kit itu dengan
beberapa item asas seperti plaster, gauze, minyak kapak, minyak gamat dan
kapas.
Pada masa yang sama, mini siri
MacGuyver telah mencetuskan minat saya kepada multi-tool dan saya telah
berusaha mendapatkan ‘pisau MacGuyver’ ini walaupun yang pertama yang saya
miliki hanyalah buatan China berharga RM3.50 pada ketika itu. Sehinggalah saya
berkerja, barulah saya berjaya mendapatkan pisau jenama Victorinox swiss army
knife yang original. Along the way, saya tidak jemu-jemu menambahkan ilmu
pengetahuan tentang survival skill melalui pelbagai sumber terutamanya
pembacaan dan tidak ketinggalan juga daripada orang tua saya sendiri yang
pernah mengharungi suka duka zaman penjajahan dan perang dunia ke-2.
Saya tidak pasti berapa ramai rakyat
Malaysia yang berminat dan melaksanakan cara hidup seorang Prepper. Namun
daripada blog dan group di Facebook,tidak dinafikan sudah ada beberapa individu
di negara ini yang benar-benar serius sehingga ke tahap mengumpul stok makanan
yang banyak di rumah, membina BOV ( Bug out vehicle – kenderaan untuk
menyelamatkan diri atau keluar daripada kawasan bencana ) dan mencari BOL ( Bug
out location ). Tidak kurang juga yang sudah mula menanam dan menternak untuk
bekalan makanan sendiri.
Di Amerika, bilangan Prepper sudah
mencecah ratusan ribu dan bertambah dengan kadar yang cepat. Rakyat Amerika
boleh dikatakan lebih kehadapan dalam
hal ini tambahan lagi kerana kemudahan pemilikan senjata api di negara mereka.
Ini adalah kerana salah satu cabang keperluan seorang Prepper ialah kemampuan
dan keberkesanan dalam pertahanan diri dan keluarga. Ramai juga antara mereka
yang telah membina rumah perlindungan ketika kecemasan yang terletak di bawah
tanah dan di lokasi terpencil dengan kelengkapan yang sangat lengkap dan
menelan belanja yang tinggi.
Bagi saya tahap-tahap persediaan seorang
prepper boleh dibahagikan seperti berikut ;
Projek Kecil
1.
EDC
– Everyday carry : Peralatan paling asas yang dapat membantu seorang individu
dalam menghadapi situasi genting.
2.
GHB
– Get Home Bag : Peralatan di dalam satu beg yang dapat membantu seseorang
untuk mencari dan memudahkan jalan pulang ke rumah jika berlaku sesuatu
kemudaratan.
3.
BOB
– Bug Out bag : Peralatan dalam satu beg yang dapat membantu kelangsungan hidup
seseorang individu selama 72 jam di dalam kawasan bencana atau semasa keluar
daripada kawasan bencana.
4.
INCH
– I’m Never Coming Home : Peralatan dalam satu beg yang dapat membantu seorang
individu untuk hidup di luar rumah atau daerah kerana rumah atau daerah asal
mungkin tidak dapat menampung kehidupan lagi. Bekalan melebihi 72 jam mungkin
tidak cukup untuk dimuatkan dalam satu beg. Lebih penting ialah peralatan yang
boleh membantu anda menambahkan sumber minuman dan makanan selepas 72 jam
contohnya water purifier atau filter, joran menangkap ikan atau peralatan
memburu dan menangkap haiwan untuk di makan.
Projek Besar
1.
Mengumpul
stok makanan di rumah bagi bekalan untuk sekeluarga bagi tempoh masa yang lama
( 6 bulan ke atas ).
2.
Menternak
haiwan dan bercucuk tanam bagi menghasilkan makanan sendiri.
3.
Membina/membeli kenderaan BOV ( Bug Out Vehicle )
4.
Membina
rumah perlindungan khas di kawasan BOL ( Bug out location ) atau di rumah
sendiri di lokasi yang selamat daripada ancaman keselamatan seperti di bawah
tanah atau di lokasi rahsia/terpencil.
Di samping itu, penting juga untuk mempunyai dan menambah
ilmu pengetahuan dalam skil survival, bantuan kecemasan dan perlidungan, pertahanan
diri di samping selalu peka dengan keadaan sekeliling termasuk antaranya
amaran-amaran bencana alam yang sentiasa diberikan oleh badan-badan tertentu
seperti JMM ( Jabatan Meteorologi
Malaysia ) dan pihak keselamatan.
Baiklah, sebagai perkongsian maklumat, saya akan
tunjukkan EDC dan BOB saya di bawah. Ini adalah projek kecil bagi diri sendiri. Untuk keluarga, saya masih
dalam proses mengumpulkan stok makanan, ubat-ubatan dan peralatan lain. Namun
setakat ini, stok saya hanya pada kadar yang boleh diangkut (mobile) yang pada kiraan saya mampu bertahan untuk
saya sekeluarga selama seminggu lebih. Ini adalah kerana ada satu soalan yang
sering menghantui saya iaitu bagaimana jika saya terpaksa meninggalkan rumah,
apa akan terjadi pada stok yang banyak dan tidak dapat di bawa bersama.
EDC saya ;
Terdiri daripada Victorinox Swiss Army Knife, First Aid kit
dan Compact Survival kit yang didalamnya
ada fire starter & magnesium block, kompas, signaling mirror, wisel, tali,
LED torch light.
Berikut pula ialah BOB saya ;
Day Pack / Bag.
Knife/skinner/spearhead, foldable
shovel, multitool ( Victorinox swiss army knife )
Parang
Space blanket, poncho, spare
football socks
Sewing kit, rope, glue, pen, first
aid kit, first aid guide,blood type card, notebook, insect repellent, compact survival kit.
Untuk kebersihan, ada dettol wet wipes, set berus gigi,pencukur dan pemotong kuku.
Pengurusan air minuman terdiri
daripada botol air, bag air dan pil merawat air Aquatabs.
Pengurusan air minuman kedua, Sawyer
mini water filter,boleh minum terus dari sumber
Hexamine cooker set, water resistant
matches, mess tin, spoon/fork/knife set
MRE ( meal ready to eat ) rations
untuk 3 hari atau lebih jika berpuasa.
Sleeping bag dan personal camp.
Tambahan kepada mess tin, saya
sedang mencari shaker cup yang tahan lasak. Shaker cup ni penting jika nak
bancuh air kopi 3 in 1 dengan air sejuk. Manakala tambahan kepada first aid
kit ialah ubat-ubatan seperti panadol (
demam/sakit ), ibu-profen ( demam/sakit/bengkak/kecederaan otot ), EES (
anti-biotik sakit tekak ), pil herba ubat batuk, magnesium tri-silicate (
gastric ), garam dehidrasi, amoxy-cillin ( anti biotic sakit/bengkak gigi/gusi
). Krim untuk rawatan kulit melecet atau kekeringan juga penting.
Sebenarnya, peralatan yang
ditunjukkan di atas belum lengkap lagi. Saya masih merancang untuk menambah
beberapa item lagi seperti satu persalinan pakaian, tali, jungle hat,canteen,
penerima radio FM ( hand crank/solar radio ) ,tambahan lagi kepada
ration,mungkin kurma, kismis,kekacang dan lain-lain lagi. Yang pastinya, saya
harus mencari backpack yang lebih besar.
Pada pendapat saya, 4 perkara asas yang paling penting sebagai
panduan membina kelengkapan survival seperti BOB ini ialah ;
1.
Kit
survival
2.
Kit
perubatan
3.
Sejumlah
makanan/ration
4.
Rancangan
yang baik ( good plan )
Daripada keempat-empat di atas,
perkara yang ke empat mesti juga dititikberatkan kerana, apalah gunanya jika
anda mempunyai kelengkapan tetapi tidak tahu apa yang harus di buat dan ke mana
yang harus di tuju.
Sebagai penutup, mungkin juga pada
pandangan sesetengah orang, prepper ni paranoid. Tapi bagi saya ia adalah hobi
yang sangat banyak faedahnya. Membawa BOB ketika mengembara atau melakukan sukan kegemaran saya ( mendaki bukit ) memberikan ketenangan dan keyakinan.
Update terkini 13 Nov 2021...
Saya telah scale down dari BOB kepada GHB (go home bag).
1. Set kebersihan
2. Set ration ( utk makanan saya letakkan biskut tenaga Convair yang shelf lifenya sehingga 20 tahun ).
3. Set water purifier/filter
4. Set power dan emergency phone ( saya gunakan solar panel suaoki 25 watt dan mini basic phone utk backup sekiranya phone saya rosak/hilang).
5. Tarp, space blanket, tali
6. Pisau Morakniv companion spark.
7. Sedang mendapatkan first aid kit kecil dan usb rechargable mini torchlight
Semuanya di dalam satu drybag 20L. Strateginya ialah utk membantu saya survive dan pulang ke rumah jika terperangkap di mana2 oleh apa2.
Seperti biasa dgn moto "prepare for the worst, hope for the best". Semoga Allah Taala melindungi dan memudahkan segala urusan kita.
Check out this awsome EDC multitools from Victorinox ;
Looking for camping light complete with fan ? Check this out ;
Parang ini memang terbaik untuk kegunaan am dan aktiviti camping ;